Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penduduk Bum-Bum bakal nikmati kemudahan feri
Published on: Saturday, August 02, 2025
Published on: Sat, Aug 02, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Penduduk Bum-Bum bakal nikmati kemudahan feri
FERI yang bakal digunakan.
SEMPORNA: Penduduk Pulau Bum-Bum bakal menikmati kemudahan pengangkutan yang lebih selesa dan selamat apabila perkhidmatan feri khas mula beroperasi dalam masa terdekat.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sulabayan, Datuk Abd Hajan Gurimbang berkata, perkhidmatan tersebut kini berada pada peringkat akhir persiapan sebelum pelancaran rasmi dilakukan.

Advertisement
Langkah ini dilihat sebagai satu usaha bagi memperbaiki akses pengangkutan antara pulau dan tanah besar.

“Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memperkenalkan perkhidmatan ini sebagai pendekatan sementara sementara menunggu pelaksanaan projek pembinaan jambatan Pulau Bum Bum,” katanya selepas meninjau kawasan pelaksanaan projek berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Lawatan tapak turut melibatkan beberapa agensi termasuk Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Jabatan Kerja Raya Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, serta Pejabat Daerah Semporna.

Menurut Abd Hajan, sejak sekian lama, ketiadaan laluan tetap memaksa penduduk menggunakan bot kecil untuk urusan harian, termasuk membawa barangan keperluan dan kenderaan.

Advertisement
Keadaan ini bukan sahaja membebankan dari segi kos, malah menimbulkan kebimbangan keselamatan terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu.

Untuk rekod, cadangan pembinaan jambatan sepanjang 1.4 kilometer dengan anggaran kos RM430 juta telah dikemukakan sejak tahun 2012. 

Advertisement
Pada 2022, Ketua Menteri memaklumkan perkhidmatan feri akan dilaksanakan terlebih dahulu bagi memenuhi keperluan penduduk.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here