Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Persatuan peniaga bimbang sistem keselamatan di Darvel Bay Plaza
Published on: Saturday, August 02, 2025
Published on: Sat, Aug 02, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Persatuan peniaga bimbang sistem keselamatan di Darvel Bay Plaza
KENDERAAN yang terlibat dalam insiden kebakaran itu.
LAHAD DATU: Persatuan Masyarakat Peniaga Darvel Bay Plaza menyuarakan kebimbangan susulan insiden kebakaran sebuah kenderaan di kawasan tempat letak kereta pusat beli-belah terbabit pada 27 Julai lalu.

Difahamkan, ketika kejadian sistem pemercik air (sprinkler) dilaporkan tidak berfungsi dan menurut beberapa orang awam yang berada di lokasi, api yang marak sukar dikawal ekoran ketiadaan tindak balas automatik daripada sistem keselamatan kebakaran bangunan itu. Pengerusi persatuan Chua Tze Chuan bersama Setiausaha Lim Pek Kee berkata mereka memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan awam.

Advertisement
“Kami menuntut siasatan serta tindakan segera daripada pihak pengurusan plaza.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan kegagalan sistem keselamatan ini kerana ia boleh merisikokan nyawa dan keselamatan orang awam termasuk peniaga dan pelanggan,” katanya. Mereka juga menggesa pihak Plaza menyediakan laporan terperinci berhubung kegagalan sistem keselamatan ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami menggesa pihak Plaza untuk mengambil langkah sewajarnya termasuk menyediakan pelan tindakan bagi memastikan keselamatan premis ini.

“Keselamatan orang ramai termasuk peniaga dan pelanggan harus diutamakan. Kami juga ingin tahu apakah langkah-langkah pembaikan yang sedang atau akan diambil untuk mengelakkan perkara ini berulang,” tambah mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here