Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warisan sah tanding 73 kerusi
Published on: Sunday, August 03, 2025
Published on: Sun, Aug 03, 2025
By: Azmie Lim, Abbey Junior
Text Size:
Text:
Warisan sah tanding 73 kerusi
Mohd Shafie berkata, parti itu sudah mengenal pasti calon-calon berpotensi yang bukan sahaja diterima rakyat, malah diyakini mampu menang di kawasan masing-masing.
SEMPORNA: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan parti itu akan bertanding di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Mohd Shafie berkata, parti itu sudah mengenal pasti calon-calon berpotensi yang bukan sahaja diterima rakyat, malah diyakini mampu menang di kawasan masing-masing.

Advertisement
“Oleh itu, Warisan akan bertanding di semua 73 kerusi kerana kita sudah kenal pasti calon yang boleh menang dan diterima oleh rakyat.

“Kita hanya menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra di Kampung Imam Laggu, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Mohd Shafie, Warisan menetapkan tiga kriteria utama dalam memilih calon, iaitu boleh menang, setia kepada parti dan mampu berkhidmat secara berterusan kepada rakyat.

Beliau berkata, parti tidak mahu calon yang akan lompat parti selepas menang atau hanya turun padang ketika musim pilihan raya dan menghilang setelah menjadi wakil rakyat.

Advertisement
Sementara itu, Mohd Shafie juga menafikan khabar angin bahawa Warisan akan bekerjasama atau bergabung dengan mana-mana parti termasuk Perikatan Nasional (PN).

“Kita pun tidak tahu, kadang-kadang macam-macam cerita keluar. Dulu kata Warisan bekerjasama dengan Umno, sekarang timbul pula dengan PN, entah parti mana lagi selepas ini.

Advertisement
“Tetapi saya sudah jelaskan sebelum ini bahawa Warisan hanya bekerjasama dengan rakyat negeri ini,” tegasnya.

Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap landskap politik Sabah yang semakin berpecah, dengan menyatakan negeri ini mungkin mempunyai lebih banyak parti politik berbanding sesetengah negara maju.

“Dalam kalangan komuniti KDM saja sudah ada lima parti. Tambah lagi dengan parti berpangkalan di Sabah dan parti dari Semenanjung, memang banyak,” katanya.

Beliau menyeru rakyat Sabah supaya kekal bersatu dan tidak membiarkan politik menjadi punca perpecahan.

“Penting untuk suara kita didengari, dan bukan sekadar didengari—keperluan kita mesti ditangani dengan betul,” katanya, menambah bahawa ramai pemimpin dari Semenanjung masih belum benar-benar memahami isu-isu di Sabah.

Menyentuh perjuangan parti, Mohd Shafie berkata Warisan sentiasa memberi keutamaan kepada usaha memperkasakan rakyat luar bandar dan tidak menunggu musim pilihan raya untuk berbuat demikian.

“Saya sudah enam tahun dalam pembangkang dan saya tetap turun padang—bukan hanya masa pilihan raya,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here