Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
LSS Q-Solar Tawau perkukuh grid elektrik Sabah
Published on: Sunday, August 03, 2025
Published on: Sun, Aug 03, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
LSS Q-Solar Tawau perkukuh grid elektrik Sabah
NIZAM (tengah) dan yang lain melakukan gimik perasmian majlis pecah tanah itu.
TAWAU: Kerajaan Negeri terus memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan  tenaga mampan menerusi pelancaran Projek Solar Berskala Besar (LSS) Q-Solar Tawau, yang dijangka menjana 15 megawatt (MW) tenaga bersih menjelang penghujung 2026.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek berimpak tinggi di atas tapak seluas lebih 45 ekar itu dibangunkan menerusi kerjasama strategik antara  Qhazanah Sabah Berhad (QSB), Qhazanah Energy Sdn Bhd (QESB) dan QSolar Tawau Sdn Bhd (QSolar).

Advertisement
Katanya, selain menjadi pemacu utama kestabilan tenaga di kawasan Pantai Timur negeri ini, projek solar itu juga bukti iltizam berterusan kerajaan negeri dalam menyediakan ekosistem pembangunan mampan dan selari dengan usaha menjadikan  Sabah sebagai peneraju tenaga boleh diperbaharui.

“Kita bukan hanya ingin menyelesaikan isu bekalan elektrik, terutama di Pantai Timur, tetapi berusaha membentuk masa depan tenaga yang lebih bersih, stabil dan berdaya Tahan,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek Solar Berskala Besar (LSS) Q-Solar (Tawau) Sdn Bhd di Jalan Timur, Kubota di sini, pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Hajiji berkata, penjanaan tenaga 15MW daripada projek itu merupakan langkah konkrit ke arah penstabilan sistem grid Sabah yang ketika ini masih terlalu bergantung kepada penjanaan tenaga berasaskan diesel dan gas asli.

Advertisement
“Projek ini akan memperkukuh keupayaan sistem grid negeri, mengurangkan kebergantungan kepada bahan api, dan dalam masa yang sama mengimbangi pengagihan tenaga antara Pantai Barat dan Pantai Timur,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan projek ini adalah sejajar dengan pelan induk tenaga negeri, iaitu Sabah Energy Roadmap and Master Plan (SE-RAMP), yang menjadi kerangka hala tuju jangka panjang bagi transformasi sektor tenaga Sabah.

Advertisement
Katanya, pembangunan projek itu turut membawa limpahan manfaat ekonomi kepada komuniti setempat, bukan hanya dari aspek pembinaan dan pelaburan, malah melalui penciptaan peluang pekerjaan dan pembangunan kapasiti tempatan.

“Fasa pembinaan, operasi dan penyelenggaraan ladang solar ini dijangka menjana pelbagai peluang pekerjaan, manakala kerja-kerja pembinaan dan perkhidmatan sokongan akan melibatkan kontraktor dan pembekal tempatan di Tawau.

“Anak-anak muda tempatan juga akan diberi latihan khusus untuk mengurus dan menyelenggara sistem solar ini. Ini membuktikan bahawa projek ini bukan bersifat sementara, tetapi bertujuan membina kapasiti tempatan jangka panjang,” katanya.

Menurutnya, aspek pemindahan teknologi, pembangunan kemahiran dan penglibatan langsung rakyat Sabah dalam sektor tenaga hijau akan menjadi pemangkin ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih progresif dan inklusif.

Beliau turut berharap agar projek bernilai RM60 juta itu dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan serta memberikan impak positif kepada rakyat dan pembangunan negeri secara keseluruhan.

Hajiji menyifatkan projek ini sebagai titik permulaan kepada perubahan landskap industri tenaga di Sabah, khususnya di Pantai Timur.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here