Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Henti komen negatif, sentuh 3R’
Published on: Sunday, August 03, 2025
Published on: Sun, Aug 03, 2025
Text Size:
Text:
‘Henti komen negatif, sentuh 3R’
MOHD Khalid menyampaikan cenderamata kepada Tun Musa (kanan).
Kota Kinabalu: Semua komen negatif berkaitan kes buli pelajar di Sabah yang boleh mencetuskan kegusaran dan menyentuh isu 3R patut dihentikan segera.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata ruang secukupnya perlu diberi kepada Polis untuk menyiapkan siasatan sepenuhnya.

Advertisement
“Saya menyeru kepada semua pihak supaya memberi ruang kepada pihak polis meneruskan siasatan.

“Komen negatif dan persepsi masyarakat yang mengaitkan dengan isu 3R kadangkala menyukarkan kita untuk menyelesaikan siasatan dan sebagainya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jadi, saya menyeru kepada pihak-pihak yang berkaitan supaya tidak membuat komen-komen yang negatif, komen-komen yang boleh menimbulkan suasana yang tidak baik ataupun kegusaran mengaitkan pihak-pihak tertentu, politik dan juga pihak istana dalam isu ini yang saya rasa patut dihentikan,” tegas beliau.

Mengulas lanjut mengenai kes buli melibatkan kematian pelajar dari Sipitang Allahyarham Zara Qaitina Mahathir, 13,  pada 17 Julai lalu, Mohd Khalid memaklumkan setakat ini, 60 saksi merangkumi pelajar, kakitangan serta guru telah dirakam keterangan.

Advertisement
“Jadi, banyak perkara yang kita perolehi, maklumat yang kita dapat. Kertas siasatan telah kita siapkan dan diserahkan kepada pihak jenayah di peringkat Bukit Aman. Kita akan bawa kepada pihak DPP untuk tindakan selanjutnya,” jelas beliau.

Mohd Khalid yang ditemui media selepas membuat kunjungan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman pada Sabtu, memaklumkan, kunjungan itu bertujuan untuk membincangkan isu-isu keselamatan dan kestabilan Sabah.

Advertisement
“Kita berbincang tentang isu-isu keselamatan dan juga kestabilan negeri Sabah. 

“PDRM sentiasa terbuka untuk memastikan kestabilan politik dan juga keselamatan Sabah sentiasa aman dan damai untuk semua rakyat.

“CP Sabah juga sentiasa memberikan yang terbaik bagi memastikan keselamatan Sabah, bukan sahaja melibatkan isu-isu domestik tetapi juga melibatkan isu-isu antarabangsa, terutama sekali perairan kita bersama dengan negeri, dengan Filipina dan juga tuntutan-tuntutan oleh pihak China dan juga dengan negara lain.

“Alhamdulillah setakat ini, kita berada dalam suasana win-win situation berbincang dengan baik dan sempurna supaya semuanya dapat diselesaikan dengan baik,” dedah beliau.

Hadir mengiringi beliau di Istana Seri Kinabalu ialah Pesuruhjaya Polis (CP) Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Kunjungan tersebut bersempena dengan lawatan sulungnya ke Sabah sejak dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 23 Jun lalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here