SIPITANG: Seramai 68 peserta terdiri guru sukan mengikuti Bengkel Kejurulatihan Olahraga di Bilik Seminar Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang dan Kompleks Sukan Sipitang berakhir pada Khamis.
Penyelaras program, Jimmy Udan dan Voo Sui Kiong@Fredy.
Jimmy memberitahu, bengkel itu diadakan bersempena Program ‘Road To 27’ Peringkat Daerah Sipitang 2025 bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada guru-guru sukan setiap sekolah untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sukan olahraga sekolah di daerah Sipitang.
Bengkel tersebut adalah anjuran PPD Sipitang dikendalikan oleh jurulatih Raynold Peter dari Humansport Athletics Club, dirasmikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor selama dua hari bermula 30 Julai.
Penyampaian sijil dan cenderahati disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan PPD Sipitang Zulkifle Kassim dan Penolong Pegawai Pendidikan, Unit Pembangunan Bakat Murid, Muhammad Zulfadhli Amir.