Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kenapa kontraktor ditolak JKR diberi projek RM611 juta?
Published on: Sunday, August 03, 2025
Published on: Sun, Aug 03, 2025
By: Abbey Junior
Text Size:
Text:
Kenapa kontraktor ditolak JKR diberi projek RM611 juta?
Tambah Munirah, kurangnya penyelarasan antara MOF dan JKR Sabah turut menyumbang kepada ketidakcekapan pelaksanaan projek, dengan kedua-dua agensi mempunyai senarai kontraktor pilihan masing-masing.
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis mempersoalkan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) terhadap pemberian projek bernilai RM611.3 juta bagi pakej Lebuhraya Pan Borneo di Sabah kepada sebuah syarikat, yang sebelum itu ditolak oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

Dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (Siri 2/2025) di Dewan Rakyat baru-baru ini, Isnaraissah menyifatkan penggunaan kaedah perolehan tender pra-kelayakan terpilih (pre-Q terpilih) sebagai bermasalah dan terdedah kepada penyalahgunaan. 

Advertisement
“Laporan audit menyatakan kaedah pre-Q ini tidak harus diteruskan kerana, pertama, ia membuka ruang manipulasi dan kurang ketelusan dalam pemilihan syarikat.

Kedua, ia mengurangkan daya saing pasaran kerana bilangan terhad syarikat terpilih. Ketiga, ia gagal mencapai objektif kaedah perolehan pra-kelayakan terpilih,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here