Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Program MyLesen B2 manfaatkan 1,200 di Sabah
Published on: Sunday, August 03, 2025
Published on: Sun, Aug 03, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Program MyLesen B2 manfaatkan 1,200 di Sabah
SHAHELMEY (tengah), Aedy (kiri) dan Harris (kanan) bersama penerima lesen MyLesen B2.
PENAMPANG: Program MyLesen B2 yang membantu kira-kira 1,200 individu di Sabah mendapatkan lesen motosikal B2 secara percuma, membuktikan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata kerajaan sentiasa peka kepada keperluan rakyat merentasi semua lapisan masyarakat, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Advertisement
“Dalam hal ini, Kerajaan Negeri dan Persekutuan terus bekerjasama melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat, khususnya dalam bidang pengangkutan yang menjadi keutamaan negara,” katanya.

Berucap pada majlis penyerahan lesen MyLesen B2 di Pusat Teknologi dan Perdagangan Antarabangsa (ITCC), di sini, Sabtu, Hajiji berkata pelaksanaan program ini amat bermakna kerana pemilikan lesen motosikal Kelas B2 membolehkan penerima menunggang motosikal secara sah dan menjadi penunggang cekap.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Program ini adalah antara usaha murni kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memperoleh lesen dan seterusnya memperkasakan mobiliti mereka serta memperluas akses kepada peluang pekerjaan, pendidikan dan penyertaan ekonomi, khususnya dalam komuniti luar bandar,” katanya.

Program MyLesen B2 merupakan inisiatif kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Belanjawan Negara 2025 yang menyasarkan 15,000 individu daripada kumpulan kurang berkemampuan di seluruh negara.

Advertisement
Golongan sasar termasuk pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi dan belia B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (motosikal tidak melebihi 250cc).

“Saya difahamkan bahawa setiap peserta program telah mengikuti kuliah dan latihan, diikuti proses ujian penuh yang dikendalikan oleh pegawai ujian JPJ Sabah, dan pengeluaran lesen dibuat mengikut piawaian kerajaan.

Advertisement
“Tahniah kepada Pengarah JPJ Sabah dan semua pegawai yang komited serta bekerja keras menjayakan Program MyLesen B2 2025,” katanya.

Ketua Menteri berkata program yang diterajui JPJ ini juga sejajar dengan aspirasi dan inisiatif Kerajaan Negeri di bawah pelan tindakan membasmi kemiskinan tegar dan memperkasa mobiliti sosial, selaras dengan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Saya yakin jika inisiatif seperti ini diteruskan dan diperluas, kita bukan sahaja meringankan beban rakyat, malah membuka peluang lebih luas untuk belia Sabah melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah.

“Kerajaan Negeri Sabah sentiasa menyambut baik dan memberi sokongan penuh terhadap program serta usaha murni yang berorientasikan rakyat seperti ini,” katanya.

Hajiji berkata usaha sedemikian harus diteruskan agar manfaatnya dapat dirasai oleh lebih ramai rakyat, khususnya yang memerlukan bantuan kewangan dan logistik.

“Dalam konteks kerajaan negeri, pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif di bawah pelan hala tuju SMJ 1.0 telah dilaksanakan bagi menyokong rakyat, khususnya kumpulan B40, dari aspek ekonomi dan pendidikan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penerima lesen agar menggunakan lesen mereka dengan sebaik-baiknya dan yang paling penting menjadi pengguna jalan raya yang berdisiplin, beretika, sopan dan bertanggungjawab.

Turut hadir, Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli dan Pengarah JPJ Sabah, Mohd Harris Ali serta pegawai lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here