Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Arthur Joseph Kurup sertai Top Warrior Cooking Battle
Published on: Monday, August 04, 2025
Published on: Mon, Aug 04, 2025
Text Size:
Text:
Arthur Joseph Kurup sertai Top Warrior Cooking Battle
ARTHUR kelihatan ceria ketika memasak masakan dalam pertandingan itu.
Kota Kinabalu: Pertandingan Top Warrior Cooking Battle berlangsung meriah apabila barisan pimpinan utama sektor agromakanan negara tampil sebagai peserta sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 pada Sabtu.

Pertandingan yang mencuri tumpuan itu menyaksikan penyertaan empat figura penting Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, Ketua Setiausaha KPKM Datuk Seri Isham Ishak, Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Aminuddin Zulkipli dan Ketua Pengarah Fama Abdul Rashid Bahri.

Advertisement
Masing-masing diberi masa 55 minit untuk menyiapkan hidangan istimewa pilihan mereka dalam suasana santai namun tetap kompetitif.

Dalam pertandingan itu Abdul Rashid berjaya menawan hati juri dan dinobatkan sebagai johan pertandingan manakala tempat kedua dimenangi Arthur diikuti  Isham di tempat ketiga dan Aminuddin di tempat keempat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Gelagat para peserta ketika menyediakan hidangan lengkap dengan aksi mencincang, menumis dan menghias  mengundang sorakan serta gelak tawa penonton menjadikan acara ini antara segmen yang paling menceriakan sepanjang program berlangsung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here