Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mutiara GRS terus komited bantu golongan memerlukan
Published on: Monday, August 04, 2025
Published on: Mon, Aug 04, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Mutiara GRS terus komited bantu golongan memerlukan
JULIA (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para penerima bantuan sempena Ziarah Amal Mutiara GRS di Tawau.
TAWAU: Mutiara Gagasan Rakyat Sabah (GRS) meneruskan siri jelajah kebajikannya menerusi program Ziarah Amal Tawau bagi menyantuni golongan memerlukan pada Sabtu.

Program anjuran Biro Kebajikan dan Biro Lawatan Mutiara GRS yang diketuai isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Julia Salag menyantuni anak-anak istimewa, ibu tunggal dan pelajar pendidikan khas di beberapa sekolah sekitar Tawau.

Advertisement
Julia berkata program berkenaan merupakan kesinambungan usaha Mutiara GRS sepanjang tahun untuk menjelajah ke pelbagai daerah untuk menyampaikan bantuan secara langsung kepada komuniti yang memerlukan.

“Bulan lalu kami berada di Nabawan dan hari ini (Sabtu) di Tawau mankala bulan akan datang kami akan ke kawasan pedalaman lain pula.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini merupakan satu pengalaman istimewa buat kami kerana dapat bersama-sama menyantuni anak-anak istimewa serta membantu mereka yang memerlukan,”katanya.

Beliau berharap usaha berkenaan menjadi inspirasi kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain untuk turut serta memainkan peranan memperjuangkan kebajikan masyarakat.

Advertisement
Sementara itu salah seorang penerima bantuan Sumarti Calla, 53, dari Kampung Ranggu menzahirkan rasa syukur apabila terpilih sebagai penerima memandangkan kos kehidupan harian semakin mencabar.

Sebagai ibu tunggal katanya sumbangan barangan dan kewangan yang diterimanya amat membantu untuk menanggung empat anak termasuk tiga masih bersekolah.

Advertisement
“Saya menjual makanan kadang-kadang dapat RM100 sehari, kadang-kadang kurang. Bantuan ini sangat membantu saya,”katanya menahan sebak.

Penduduk Kampung Sungai Gading, Wakuba Rusia Mahmud, 58, mewakili ibunya yang merupakan ibu tunggal dan kini sedang dirawat akibat bengkak pada bahagian hempedu untuk menerima bantuan tersebut.

Menurutnya mereka sekeluarga amat menghargai bantuan daripada Mutiara GRS dan tidak menyangka masih ada pihak yang mengingati pihak kurang berkemampuan seperti mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here