Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
72 projek naik taraf sekolah daif di Sabah berjaya disiapkan
Published on: Monday, August 04, 2025
Published on: Mon, Aug 04, 2025
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
72 projek naik taraf sekolah daif di Sabah berjaya disiapkan
AHMAD (ketiga dari kiri) ketika lawatan rasmi ke projek pembinaan asrama SMK Pinggan-Pinggan.
PITAS: Kerajaan Persekutuan berjaya menyiapkan 72 daripada 111 projek naik taraf sekolah daif di seluruh Sabah membabitkan perbelanjaan hampir RM359 juta, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bercakap semasa lawatan rasmi ke projek pembinaan asrama SMK Pinggan-Pinggan pada Sabtu, Ahmad berkata 37 lagi projek naik taraf sekolah daif sedang dalam pembinaan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM631 juta.

Advertisement
“Satu lagi projek bernilai RM12.6 juta bernilai RM12.6 juta dalam proses reka bentuk dan satu lagu di peringkat perolehan berjumlah RM54 juta. 

“Jumlah belanja keseluruhan kira-kira RM1 bilion ini jelas membuktikan bahawa kerajaan persekutuan terus membela negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan yang memberi kepercayaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melaksanakan projek sekolah daif di seluruh Sabah. 

“Usaha ini juga membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan Madani untuk memastikan tahap pendidikan di seluruh negara tanpa mengira negeri walaupun jauh daripada bandar raya tetap kita usahakan,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata semua projek naik taraf sekolah daif itu melalui tender terbuka bagi memilih kontraktor yang sesuai demi memastikan ia dilaksanakan sama ada mengikut masa atau lebih awal.

Tambahnya, ini adalah falsafah Kementerian itu di bawah Menteri Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang menolak permohonan lanjutan masa (EOT).

Advertisement
Semasa lawatan itu, Ahmad memantau kemajuan projek pembinaan baharu di SMK Pinggan-Pinggan bernilai RM27 juta itu yang dilaksanakan secara reka dan bina oleh syarikat JT Cemerlang Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama dengan Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) JKR sebagai agensi pelaksana.

Projek terbabit yang bermula pada 23 Disember 2022 itu dijadualkan siap pada 18 Disember tahun ini dan sehingga 23 Julai lepas, kemajuan fizikal projek telah mencecah 78 peratus, katanya.

“Skop projek merangkumi pembinaan dua blok asrama dua tingkat, empat unit rumah warden, sebuah dewan makan berkapasiti 400 pelajar, serta kemudahan sokongan seperti rumah pam, telaga tiub, tangki air dan rumah sampah. 

“Asrama sedia ada sejak 1989 terletak sejauh 1.3 kilometer dari sekolah jadi pelajar terpaksa berjalan kaki seawal jam 6 pagi melalui laluan utama yang sibuk tanpa laluan pejalan kaki, sekali gus mengundang risiko keselamatan yang tinggi. 

“Pembinaan asrama baharu ini amat penting bagi mengurangkan isu keciciran pelajar dan kelewatan ke sekolah serta menyediakan persekitaran penginapan yang lebih selesa dan selamat,” katanya.

Projek itu, katanya, merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Madani dalam memperkukuh ekosistem pembelajaran dan pengajaran yang cemerlang dan berdaya saing serta mengurangkan jurang kualiti pendidikan antara bandar dan luar bandar. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here