Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri terdahulu
Published on: Monday, August 04, 2025
Published on: Mon, Aug 04, 2025
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri terdahulu
Anwar berkata Kerajaan Persekutuan komited mempertahankan hak wilayah Sabah, sambil menafikan dakwaan di Parlimen yang kononnya Malaysia telah menyerahkan wilayahnya.
Kota Kinabalu: Anwar berkata tidak seperti Perdana Menteri sebelum ini, beliau telah melibatkan Sabah dalam perbincangan mengenai isu Laut Sulawesi (Ambalat).

“Dulu, adakah Perdana Menteri yang memanggil wakil-wakil negeri untuk sama-sama berbincang dalam rundingan antarabangsa?

Advertisement
“Kita dalam Kerajaan Madani buat begini (panggil semua pihak ke meja rundingan) kerana untuk buat keputusan mengenai sempadan, kita mesti libatkan kerajaan-kerajaan negeri, termasuk Kerajaan Negeri Sabah,” katanya merujuk kepada pertemuan terkininya dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari.

Anwar berkata Kerajaan Persekutuan komited mempertahankan hak wilayah Sabah, sambil menafikan dakwaan di Parlimen yang kononnya Malaysia telah menyerahkan wilayahnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata Presiden Prabowo merupakan rakan peribadi dan keluarga. “Kami berbincang mengenai isu Laut Sulawesi dan saya menyatakan di hadapan Hajiji bahawa kita perlu berbincang mengenai parameter mengikut undang-undang, mengikut UNCLOS 1982, berdasarkan latar belakang sejarah dan mesti dipersetujui oleh

Kerajaan Negeri Sabah dan akhirnya Dewan Undangan Negeri,” kata Anwar, sambil menjelaskan bahawa ini adalah catatan rasmi mesyuarat dan bukannya spekulasi. 

Advertisement
“Saya mahu mempertahankan prinsip ini. Kita akan pertahankan hak Sabah. Kita tidak akan benarkan walau seinci laut atau daratan dicerobohi atau dituntut oleh mana-mana pihak,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai perbicaraan undang-undang yang sedang berlangsung, termasuk kes di mahkamah Sepanyol terhadap pihak yang menuntut Sabah, di mana Malaysia terus berjuang mempertahankan hak Sabah sebagai sebahagian daripada Persekutuan.

Advertisement
Mengenai kemungkinan usaha sama antara Petronas dan Pertamina (Indonesia) bagi penerokaan dasar laut, Anwar berkata ia hanya melibatkan kawasan di mana rizab minyak berada di sempadan kedua-dua negara di bawah dasar laut.

Beliau merujuk kepada kerjasama sedia ada seperti Joint Development Authorities dengan Vietnam dan Thailand, dan menegaskan bahawa sebarang perjanjian masih tertakluk kepada rundingan lanjut.

“Walaupun kita keluarkan minyak dari tanah Sabah, minyak di bawahnya boleh menjangkau ke wilayah Indonesia. Sebab itu kerjasama seperti ini perlu wujud,” katanya sambil menyifatkan serangan terhadap pendirian ini sebagai tidak berasas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here