Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kes kematian Zara dapat perhatian Anwar
Published on: Monday, August 04, 2025
Published on: Mon, Aug 04, 2025
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Kes kematian Zara dapat perhatian Anwar
Zara Qairina.
Kota Kinabalu: Berhubung kematian misteri Zara Qairina, 13 tahun, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha pada 17 Julai, sehari selepas dia ditemui di dalam longkang sekolah pada jam 3 pagi, beliau berkata:

“Negara ini negara hukum, bukan negara fitnah. Siapa pun yang terlibat dalam jenayah pembunuhan, sama ada mereka Tan Sri, Datuk Seri, Menteri, jika terlibat dalam jenayah, pembunuhan atau menyokongnya, tidak akan diberi perlindungan.

Advertisement
“Apa jadi dengan negara kita? Ada yang sanggup memfitnah ahli keluarga pegawai,” katanya. 

Katanya beliau sudah bercakap secara langsung dengan Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri, mengarahkan mereka untuk menjalankan siasatan segera dan mengumpul semua fakta, sambil memaklumkan bahawa polis sudah pun mengambil keterangan daripada 60 individu yang berkaitan kes terbabit.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kematian ini bukan perkara ringan. Jika anak petani miskin di Kundasang meninggal dunia, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mencari kebenaran, bukan untuk menuduh sesiapa,” katanya.

Beliau berkata laporan polis yang lengkap telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Advertisement
Anwar berkata beliau telah menghubungi Peguam Negara yang mengesahkan laporan itu akan diterima pada Isnin. Katanya, beliau tidak akan campur tangan dalam proses undang-undang, dan pertanyaannya dibuat kerana rakyat ingin tahu.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here