Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Zara luah rasa takut dalam rakaman suara perbualan
Published on: Tuesday, August 05, 2025
Published on: Tue, Aug 05, 2025
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Zara luah rasa takut dalam rakaman suara perbualan
Zara dilaporkan jatuh dari tingkat tiga asrama sekolah agama di Papar pada 16 Julai dan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I.
Kota Kinabalu: Suatu rakaman suara berdurasi 44 saat milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, yang bercakap dengan ibunya, Noraidah Lamat, 45, tular sejak Ahad dan mencetuskan semula kebimbangan orang ramai berhubung punca kematiannya.

Dalam rakaman audio yang dipercayai dirakam semasa panggilan telefon sebelum insiden berlaku, Zara kedengaran meluahkan rasa takut terhadap seorang pelajar yang dikenali sebagai “Kak M”, yang didakwa pernah mengugutnya.

Advertisement
“Mak, Zara takut jumpa Kak M... Hari tu Zara minta tolong orang tanyakan dekat adiknya... tanya Kak M, masih lagikah dia ada masalah dengan aku. Lepas tu Kak M kata, ‘Ya, aku masih tak maafkan si Zara’,” kata Zara dalam rakaman tersebut.

Ibunya turut kedengaran bertanya sama ada Zara sudah memadam namanya yang dikatakan pernah ditulis dalam bilik Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah. Zara menjawab, “Mak, Zara sudah padam... lepas tu dibuatnya balik.”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Zara turut meluahkan kebimbangan terhadap kemungkinan ancaman itu menjadi kenyataan. “Kalau dia buat lagi macam mana? Hari tu dia kata, ‘kalau aku touch kau ni, berdarah-darah kau ni.’ Kalau dia buat, Mak, apa jadi?” katanya dalam nada resah.

Walaupun tarikh sebenar rakaman belum disahkan, perkara itu telah disebut oleh peguam Ismail Hamid dan Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara. Ismail mengesahkan bahawa audio tular tersebut adalah sahih dan membabitkan perbualan antara ibu dan anak.

Advertisement
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut memberi kenyataan mengenai kes itu, menegaskan bahawa ia mesti diberi perhatian serius.

Pihak polis dalam kenyataannya memaklumkan bahawa kertas siasatan kes telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan sedang menunggu arahan selanjutnya.

Advertisement
Zara dilaporkan jatuh dari tingkat tiga asrama sekolah agama di Papar pada 16 Julai dan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I.

Kematian Zara telah menarik perhatian meluas, khususnya di media sosial, berikutan dakwaan berlaku insiden buli di sekolah tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here