Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mr Sabah: Affan dinobat juara segala juara
Published on: Tuesday, August 05, 2025
Published on: Tue, Aug 05, 2025
Text Size:
Text:
Mr Sabah: Affan dinobat juara segala juara
AFFAN (kanan) ketika menerima hadiahnya.
Tuaran: Wakil Kota Kinabalu Affan Affandy Sazali muncul sebagai juara keseluruhan Mr Sabah Champion of the Champions dalam Kejohanan Bina Badan dan Fizikal Mr Sabah 2025 yang berlangsung di Dewan Seri Sulaman.

Kejohanan itu menarik penyertaan 87 peserta dan dirasmikan oleh wakil kepada Pembantu Menteri Belia dan Sukan Mohd Arziz Afizy Rumsani.

Advertisement
Affan, yang turut memenangi kategori Light Middleweight dan Fizikal Atletik Lelaki (170sm ke atas), akan mengetuai kontinjen Sabah ke Kejohanan Bina Badan Kebangsaan, Mr Malaysia 2025, yang dijadual berlangsung di Pahang pada September ini.

Turut menyertai beliau mewakili Sabah ialah pemenang dari kategori lain, termasuk Rozally Golbin (Masters 45 Tahun dan Welterweight), Emmanuel Edeison Benedict (Junior Bawah 21 Tahun), Mohammad Asraf Hamza (Fizikal Atletik Lelaki 170cm dan ke bawah), Martin Mangalai (Flyweight), Wandy Anjum (Bantamweight), Muhammad Hakimi Abdullah (Lightweight) dan Allen Carlson Aloysius Sem (Middleweight).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dua atlet wanita, Daphne Darlene Pain dan Grace Voo, akan mewakili Sabah dalam kategori Fizikal Model Wanita dan Light Heavyweight/Heavyweight Wanita masing-masing.

Sementara itu, dua atlet dari Prime Fitness, Tony Meldan Masabal dan Daphne Darlene Pain, menerima Anugerah Khas Poser Terbaik bagi kategori lelaki dan wanita.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here