Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ibu bapa disaran dapatkan imunisasi tambahan MR anak
Published on: Tuesday, August 05, 2025
Published on: Tue, Aug 05, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Ibu bapa disaran dapatkan imunisasi tambahan MR anak
DR Maini (tengah) dan Dr Suhashini (kiri) meninjau kanak-kanak yang menerima imunisasi MR SIA.
SANDAKAN: Ibu bapa disaran mendapatkan imunisasi tambahan campak dan rubella (MR SIA) bagi anak-anak berusia enam hingga 59 bulan.

Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr Maini Sabait, berkata, ini penting dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak seperti demam campak dan yang berkaitan.

Advertisement
Katanya, ibu bapa boleh mendapatkan imunisasi untuk anak mereka di mana-mana klinik kesihatan di kawasan berdekatan mereka.

Beliau berkata demikian sejurus melancarkan Kempen Imunisasi MR SIA Kebangsaan Peringkat Daerah Sandakan di Klinik Ibu dan Anak, Jabatan Pesakit Luar (JPL) Klinik Kesihatan Sandakan (KKS), di sini, pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hadir sama, Pegawai  Klinik Kesihatan Sandakan, Dr Suhashini Sivasegaran dan penceramah, Dr Ernah Daming serta ibu bapa.

Jelas Dr Maini, kempen serentak di seluruh negara itu dilaksanakan bermula Isnin sehingga 12 Oktober ini.

Advertisement
Untuk rekod, tahun lepas, Sandakan mencatatkan 189 kes demam campak. Manakala Sabah mencatatkan 1,876 kes dengan tiga kematian berkaitan demam campak. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here