Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Amaran keras kepada kontraktor Pan Borneo: Penyelenggaraan lemah
Published on: Tuesday, August 05, 2025
Published on: Tue, Aug 05, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Amaran keras kepada kontraktor Pan Borneo: Penyelenggaraan lemah
Ahmad memberi jaminan bahawa Pakej 1B yang melibatkan 19 pakej kerja tidak akan diberi kelonggaran lanjutan masa (EOT), dan berharap semua kontraktor yang dilantik belajar daripada kelewatan yang berlaku dalam Pakej 1A.
SANDAKAN: Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi amaran keras kepada kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo agar memastikan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilakukan secara menyeluruh dan berkala di kawasan pembinaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ahmad Maslan menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan jalan di beberapa laluan yang belum siap, yang menurut beliau telah menyebabkan kerosakan teruk pada kenderaan pengguna awam.

Advertisement
“Saya amat kecewa. Ketika saya melalui sendiri jalan-jalan ini, banyak laluan yang belum siap dalam Pakej 1A langsung tidak diselenggara dengan baik. 

“Rakyat yang menggunakan jalan ini setiap hari mengalami kerosakan kenderaan, rim bengkok, tayar pecah ini tidak boleh diterima,” katanya ketika melakukan lawatan turun padang di sini. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau, semua kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan di bawah Projek Pan Borneo, sama ada dalam Pakej 1A atau Pakej 1B yang baharu bermula, bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelenggara jalan-jalan sedia ada yang terlibat dalam zon pembinaan masing-masing.

“Ini adalah tanggungjawab yang termaktub dalam kontrak mereka, termasuk penyelenggaraan rutin, penutupan lubang, pemasangan papan tanda keselamatan, dan pelaksanaan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) yang berkesan,” tegas beliau.

Advertisement
Beliau turut mengingatkan bahawa kontraktor yang gagal mematuhi perjanjian kontrak berkemungkinan akan dikenakan tindakan, termasuk pemotongan kos daripada kontrak asal dan melantik kontraktor pihak ketiga untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.

Ahmad memberi jaminan bahawa Pakej 1B yang melibatkan 19 pakej kerja tidak akan diberi kelonggaran lanjutan masa (EOT), dan berharap semua kontraktor yang dilantik belajar daripada kelewatan yang berlaku dalam Pakej 1A.

Advertisement
“Dalam kontrak memang ada klausa EOT, tetapi jika ia menjangkit dari satu kontraktor ke kontraktor lain, akhirnya seluruh projek akan tertangguh dan rakyat yang menjadi mangsa,” katanya.

Setakat akhir Jun 2025, beberapa jajaran mencatatkan kemajuan yang berbeza – antaranya Bongawan ke Papar (25km) mencapai 93 peratus siap, manakala laluan Mile 32 ke Moynod (22km) hanya mencatat 32 peratus kemajuan. 

Tiga kawasan utama yang menjadi rungutan rakyat ialah Moynod ke Sapi Nangoh, Sapi Nanggoh ke Sungai Bautu, dan Batu 32 ke Moynod. 

“Projek ini sepatutnya menggembirakan rakyat, bukan menyusahkan mereka. Kita mesti belajar daripada kelewatan dan sikap tidak bertanggungjawab sebelum ini,” katanya.

Ahmad turut mengesahkan bahawa selepas projek siap kelak, penyelenggaraan jalan-jalan Lebuh Raya Pan Borneo akan dilakukan oleh kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR), memandangkan tiada kutipan tol dirancang bagi lebuh raya tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here