Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Boleh kolaborasi selepas pilihan raya: Ahmad Zahid
Published on: Tuesday, August 05, 2025
Published on: Tue, Aug 05, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Boleh kolaborasi selepas pilihan raya: Ahmad Zahid
Ahmad Zahid turut menggesa semua pihak untuk memberi keutamaan kepada penyelesaian isu rakyat, khususnya masalah bekalan elektrik dan air bersih yang berlarutan di negeri ini. 
SANDAKAN: Presiden Umno Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Umno kekal ikhlas dalam usaha menyantuni rakyat serta bersedia menjalin kerjasama politik pasca pilihan raya demi kestabilan dan kemajuan negeri Sabah.

Menurut beliau, dalam landskap politik semasa, tiada musuh atau kawan yang kekal, justeru kolaborasi antara parti selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 tidak mustahil berlaku sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat.

Advertisement
“Tidak ada musuh yang kekal, tidak ada kawan yang kekal dalam politik. Saya tidak menolak adanya kolaborasi selepas pilihan raya,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Libaran Kali Ke-22 Tahun 2025  di Sandakan, pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Umno Sabah merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Setiausaha Agung Umno, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Penerangan Umno Negeri Sabah merangkap Ketua Umno Bahagian Libaran, Datuk Suhaimi Nasir.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ahmad Zahid turut menggesa semua pihak untuk memberi keutamaan kepada penyelesaian isu rakyat, khususnya masalah bekalan elektrik dan air bersih yang berlarutan di negeri ini. 

Beliau menekankan bahawa perkhidmatan terbaik harus diberikan kepada rakyat sejurus pembentukan kerajaan baharu nanti.

Advertisement
“Selesaikan semua masalah yang membelenggu rakyat. Beri perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat selepas pembentukan kerajaan baharu nanti,” tegasnya.

Ahmad Zahid juga menekankan keperluan meletakkan pemimpin yang profesional, cekap dan berwibawa bagi menjayakan agenda pembangunan negeri. 

Advertisement
Dalam masa yang sama, beliau turut mencadangkan beberapa komitmen penting yang perlu disenaraikan dalam manifesto PRN-17. 

“Pertama,harus menyelesaikan isu bekalan elektrik secara menyeluruh, ledua adalah menjamin bekalan air bersih tanpa gangguan. 

“Ketiga, mempercepat penaiktarafan prasarana Lebuhraya Pan Borneo dan keempat, memperbanyak institusi pendidikan TVET bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here