Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kumpulan Kadayan gesa siasatan menyeluruh
Published on: Wednesday, August 06, 2025
Published on: Wed, Aug 06, 2025
By: Abbey Junior
Text Size:
Text:
Kumpulan Kadayan gesa siasatan menyeluruh
Komuniti Kadayan di Sabah menggesa siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kematian remaja berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, yang kini hampir tiga minggu sejak kejadian tersebut berlaku. FOTO: Facebook/Angkol.
Kota Kinabalu: Komuniti Kadayan di Sabah menggesa siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kematian remaja berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, yang kini hampir tiga minggu sejak kejadian tersebut berlaku.

Setiausaha Agung Persatuan Kadayan Sabah (Paadian), Mas Farisan Salleh dalam satu kenyataan melahirkan rasa dukacita mendalam terhadap kejadian itu yang disifatkan sebagai tragedi memilukan serta satu kehilangan besar buat keluarga remaja itu dan juga masyarakat.

Advertisement
“Marilah kita semua mendoakan agar roh Allahyarhamah Adik Zara dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

“Semoga ibunya dan seluruh keluarga diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian yang amat berat ini.”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, ketiadaan sebarang dapatan konklusif selepas hampir tiga minggu telah menimbulkan pelbagai persoalan yang masih belum terjawab.

“Kita berdoa agar Allah permudahkan pihak berkuasa menyelesaikan kes ini dengan segera dan memberi kejelasan kepada semua pihak,” katanya.

Advertisement
Mas Farisan berkata, Paadian dan komuniti Kadayan mengikuti rapat perkembangan kes itu sejak hari pertama ia dilaporkan berlaku pada 16 Julai lalu.

Beliau berkata, Presiden Paadian bersama rombongan telah beberapa kali menziarahi ibu mangsa, selain menganjurkan majlis tahlil khas pada 31 Julai lalu bagi Allahyarhamah Zara dengan kerjasama pimpinan masjid dan surau di zon Paadian meliputi Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Papar dan Kota Kinabalu.

Advertisement
“Kami menunggu dengan penuh sabar sebarang maklumat rasmi daripada pihak berkuasa. Kami amat berharap dan percaya siasatan ini akan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh dari setiap sudut,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here