Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penggunaan teknologi pintar tingkat pengeluaran jagung
Published on: Wednesday, August 06, 2025
Published on: Wed, Aug 06, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Penggunaan teknologi pintar tingkat pengeluaran jagung
ISHAM (kiri) mendengar taklimat disampaikan wakil Emat Sdn Bhd.
KOTA MARUDU: Penanaman jagung secara komersial menggunakan teknologi pintar diamalkan Koperasi Tanjung Keramat Berhad (KTKB) dilihat mampu memberi impak positif kepada industri pertanian di negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Isham Ishak berkata inisiatif KTKB dengan rakan strategik Emat Sdn Bhd itu sekali gus dapat meningkatkan hasil jagung dengan lebih produktif.

Advertisement
Pada masa sama katanya penggunaan teknologi pertanian dari Afrika Selatan berkenaan turut membantu mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan import khususnya makanan binatang ternakan berasaskan jagung.

“Amalan pertanian pintar yang diamalkan di luar negara telah menghasilkan jagung bijiran sehingga 16 tan sehektar berbanding enam sehingga tujuh tan sehektar dengan kaedah sedia ada di Malaysia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya yakin sinergi antara KTKB dengan Emat Sdn Bhd melalui pertanian pintar ini bukan sahaja akan akan menjadi satu aset buat kerajaan negeri tetapi mampu mewujudkan satu hasil baharu untuk Sabah.

“Projek ini juga dapat memberi satu perkongsian teknologi bukan saja untuk negeri ini tetapi di seluruh negara sekali gus mengurangkan kebergantungan kita terhadap hasil import.

Advertisement
“Kita juga dapat menurunkan kadar harga makanan ternakan terutamanya ayam dan daging,” katanya ketika ditemui semasa lawatan rasmi ke Ladang Jagung KTKB pada Isnin.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah Datuk Hendrus Anding serta Pengarah Urusan Emat Sdn Bhd Aenic Liu.

Advertisement
Dalam pada itu ditanya mengenai kemungkinan teknologi pertanian sama diperluaskan ke seluruh negara Isham berkata hasil keberkesanan sistem terbabit diperlukan sebelum ia digunapakai.

Ini kerana katanya penggunaan sistem itu di ladang jagung seluas 150 ekar berkenaan masih diperingkat awal memandangkan kerja-kerja pelaksanaan masih berjalan.

“Kita bagi syarikat (KTKB) untuk mulakan penggunaan teknologi ini supaya mereka dapat mengeluarkan satu prosuder operasi standard (SOP) penanaman dengan setiap fasal penanaman teknologi dan juga unsur-unsur digunapakai. 

“Setelah proses ini lengkap dan menunjukkan kejayaan dapat menghasilkan produktiviti yang tinggi saya yakin kita boleh menggunakan SOP itu di ladang-ladang yang lain,” katanya.

Sementara itu Hendrus yang ditemui yakin projek yang dilaksanakan bakal memberi kesan besar bukan sahaja kepada daerah Kota Marudu tetapi malahan buat seluruh sosio ekonomi penduduk setempat.

Menurut beliau pelbagai potensi ekonomi akan terbuka termasuklah peluang pekerjaan, keusahawanan dan sosial masyarakat yang merupakan antara daerah termiskin di Malaysia.

“Walaupun projek ladang jagung ini baru bermula tetapi kita yakin potensi daripadanya akan menjadikan Kota Marudu sebagai pengeluar utama ayam daging di Sabah pada masa depan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here