Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
‘Mak ayam’ kena 3 tahun
Published on: Wednesday, August 06, 2025
Published on: Wed, Aug 06, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
‘Mak ayam’ kena 3 tahun
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran.
SANDAKAN: Seorang pendatang asing tanpa izin berumur 50 tahun dipenjara tiga tahun kerana menjadi orang tengah dalam kegiatan pelacuran.

Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal menjatuhkan hukuman itu terhadap warga Indonesia, Lely Fiter, yang mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada Selasa.

Advertisement
Lely didapati menjadi orang tengah kepada seorang wanita bagi tujuan pelacuran di sebuah unit apartmen di Batu 5, di sini, pada 29 Julai tahun ini.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam kes berkaitan, seorang wanita berumur 26 tahun didenda RM1,800 atau penjara tiga bulan kerana menawarkan perkhidmatan seks untuk RM150 bagi setiap sesi. 

Zuraini Mohd Zaini mengaku bersalah di hadapan Majistret Nur Faezah Jafry kerana mencari pelanggan untuk tujuan pelacuran di tempat dan waktu sama dengan Lely.

Advertisement
Mahkamah diberitahu bahawa kira-kira jam 3.30 petang, sepasukan pegawai polis dari Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan telah menyerbu rumah berkenaan dan menemui wanita itu sedang menyediakan perkhidmatan seks.

Semasa serbuan, polis turut merampas satu pek kondom berjenama yang telah dibuka, satu kondom terpakai, segulung tisu terpakai, sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM150.

Advertisement
Siasatan mendapati setiap sesi perkhidmatan dibayar RM150 dan jumlah itu dibahagikan RM100 kepada Zuraini dan RM50 kepada Lely yang bertindak sebagai orang tengah dalam mencari pelanggan bagi aktiviti terbabit.

Zuraini mengaku melakukan perbuatan itu kerana kesempitan hidup.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azizi Hamil dan Pegawai Pendakwa ASP Zamri Zakaria mewakili pendakwaan manakala Lely dan Zuraini tidak diwakili peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here