Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bung: PBS tak perlu nasihat kami
Published on: Thursday, August 07, 2025
Published on: Thu, Aug 07, 2025
By: Abbey Junior
Text Size:
Text:
Bung: PBS tak perlu nasihat kami
Bung (kanan) berkata Arthur (kiri) ialah “pemimpin tidak dikenali” yang tiba-tiba bertindak seperti pensyarah strategi kepada Umno.
Kota Kinabalu: Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin  (gambar) menyifatkan kenyataan Naib Presiden PBS Arthur Sen berhubung kerjasama pilihan raya, sebagai tidak relevan, keterlaluan dan tidak memberi nilai kepada wacana politik matang.

“Saya membaca kenyataan lucu Arthur Sen yang cuba mencabar dan memperlekehkan autonomi Umno Sabah dalam hal ehwal pilihan raya,” kata Bung dalam satu kenyataan, Rabu.

Advertisement
Menurut Bung, Umno Sabah beroperasi dengan autonomi dan kematangan, serta memahami makna perpaduan bukan sahaja di peringkat Persekutuan, tetapi juga di peringkat negeri.

“Kami tidak terburu-buru membuat pengumuman tanpa strategi. Kami tidak terikut-ikut dengan kepanikan lawan — yang semalam bertengkar, hari ini bergambar bersama, esok saling menikam semula,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bung berkata Arthur ialah “pemimpin tidak dikenali” yang tiba-tiba bertindak seperti pensyarah strategi kepada Umno.

“Ini bukan sahaja melucukan, malah menunjukkan satu lagi simptom penyakit politik Sabah — parti kecil yang suka menumpang, tetapi mahu jadi penentu arah.”

Advertisement
“Umno-BN tahu apa yang perlu dilakukan. Kami tidak perlukan sesiapa — termasuk PBS yang hanya ‘menyewa ruang’ dalam GRS — untuk mencabar kami atau memberi nasihat tanpa diminta. Kami tahu bila bertindak, dengan siapa bekerjasama, dan bila perlu berdiri sendiri,” tegas Bung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here