Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah komited perluas akses pendidikan: Ellron
Published on: Thursday, August 07, 2025
Published on: Thu, Aug 07, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Sabah komited perluas akses pendidikan: Ellron
ELLRON (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama mereka yang hadir.
SOOK: Kerajaan Negeri terus komited dalam memperluas akses pendidikan kepada semua lapisan masyarakat di negeri ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin.

Beliau berkata, langkah ini sejajar dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan generasi masa depan yang berpengetahuan, berdisiplin dan berdaya saing.

Advertisement
“Ini terbukti dengan pelbagai inisiatif dan bantuan pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang telah dinikmati oleh pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi,” katanya selepas lawatan kerja di tapak pembinaan Sekolah Agama Negeri Sabah (SANS) dan Tadika Jheains di Pekan Sook, di sini, baru-baru ini.

Mengenai projek itu, Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook berkata ia merupakan antara inisiatif penting Kerajaan Negeri dalam memperkukuh sistem pendidikan awal dan asas, terutamanya untuk anak-anak di luar bandar

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita mahu memastikan semua anak-anak, termasuk yang berada di kawasan Pedalaman, mendapat akses pendidikan yang selesa dan berkualiti,” katanya, sambil menambah, lawatan terbabit bertujuan untuk meninjau sendiri perkembangan projek serta menilai keperluan infrastruktur dan kemudahan asas yang sedang dibangunkan.

Turut hadir dalam lawatan itu, termasuk Pegawai Daerah Sook Caroline Benjamin Jiugan, wakil pemaju Syarikat Mizab Kinabalu Sdn Bhd Agustan Mohd Noor, Pegawai Tadbir Agama Jheains Sook Ustaz Haslee Harimin dan Penyelia Pendidikan Jheains Pedalaman Atas, Ustaz Nasaruddin Maznan.

Advertisement
Difahamkan, projek pembinaan SANS dan Tadika Jheains itu dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan September 2025.

Tadika Jheains akan menempatkan dua kelas bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun, dengan kapasiti 20 murid setiap kelas.

Advertisement
Sementara itu, Sekolah Agama Negeri menyediakan lima bilik darjah bagi pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3, dengan anggaran kapasiti 60 murid setiap kelas, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 200 pelajar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here