Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tangani undi pos, isu lain rakyat Sabah di Semenanjung
Published on: Friday, August 08, 2025
Published on: Fri, Aug 08, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Tangani undi pos, isu lain rakyat Sabah di Semenanjung
Faisal, yang juga Pegawai Khas kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah turut menggesa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk membawa isu ini ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan segera.
TAWAU: Kerajaan digesa untuk menangani pelbagai isu yang sudah lama membelenggu rakyat Sabah yang bermastautin di Semenanjung Malaysia, khususnya berkaitan pelaksanaan undi pos, tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta penyediaan peluang pekerjaan untuk graduan.

Pengerusi Sekretariat Sabah Action Body Advocating Rights (Sabar) Semenanjung Malaysia, Muhammad Faisal Mohamad Mohidin, membangkitkan perkara itu semasa sesi dialog khas bersama pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan delegasi Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam SMK Bongawan.

Advertisement
“Isu undi pos bagi rakyat Sabah di Semenanjung bukan isu baharu. Dalam pilihan raya Indonesia misalnya, Malaysia memudahkan proses pengundian untuk warga Indonesia dengan menyediakan ruang di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC) serta menggerakkan ramai pegawai bagi memastikan rakyat mereka dapat mengundi.

Namun, pengundi dari Sabah dan Sarawak terus terpinggir,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Faisal, yang juga Pegawai Khas kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah turut menggesa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk membawa isu ini ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan segera.

Beliau menganggarkan lebih 400,000 rakyat Sabah kini bermastautin di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk rakyat Sarawak, dan menegaskan kumpulan ini berhak menikmati kemudahan pengundian yang setara.

Advertisement
Faisal turut menyuarakan kebimbangan yang disuarakan pelajar mengenai peluang pekerjaan selepas tamat pengajian, khususnya dalam sektor-sektor penting seperti pendidikan, pertanian, kesihatan dan keusahawanan.

“Kerajaan perlu lebih proaktif dalam memastikan lebih banyak peluang kerjaya untuk graduan Sabah. Ini adalah kebimbangan berulang yang sering saya dengar,” katanya.

Advertisement
Beliau turut mencadangkan penubuhan satu entiti khas seperti Sekretariat Khas untuk memantau kebajikan dan pembangunan rakyat Sabah di Semenanjung.

“Saya telah kemukakan cadangan ini kepada Ketua Menteri Sabah sejak 2013 lagi, dan tahun 2023 lalu kepada Ketua Menteri sekarang ini, termasuk kepada Timbalan Ketua Menteri dan Sekretariat SMJ.

“Saya percaya unit khas ini boleh beroperasi di bawah Jabatan Ketua Menteri atau Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Kuala Lumpur,” katanya.

Faisal menggesa Kerajaan Negeri Sabah agar memberi perhatian serius terhadap perkara-perkara ini demi keberkesanan kepimpinan serta pembangunan yang inklusif.

“Perkara ini penting bagi memastikan setiap rakyat Sabah, termasuk yang menetap di Semenanjung, merasa diwakili dan terbela,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here