Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kelab skuter santuni 190 keluarga nelayan
Published on: Friday, August 08, 2025
Published on: Fri, Aug 08, 2025
By: Rahim Matnin
Text Size:
Text:
Kelab skuter santuni 190 keluarga nelayan
SAIFUDIN (empat dari kiri) bersalaman dengan wakil konvoi bersama Rijahan (dua dari kanan).
PAPAR: Seramai 70 penunggang skuter Kelab Skuter House Borneo berkonvoi dari Kota Kinabalu ke Kampung Kuala Laut Dalam, Pantai Manis pada Ahad lalu.

Konvoi berkenaan bertujuan bagi menjayakan program khidmat masyarakat yang menyasarkan 190 keluarga nelayan tempatan.

Advertisement
Pengerusi penganjur Rijahan Aliaprah yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Menteri berkata program anjuran bersama Kelab Skuter House Borneo dan Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pantai Manis itu antara lain untuk memperkukuh hubungan antara komuniti dan kelab permotoran menerusi aktiviti kebajikan.

 Saifudin (duduk tengah) bergambar kenangan bersama rombongan rider selepas selesai program.“Ia menunjukkan ikatan silaturahim antara peserta kelab dan masyarakat kampung.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita memuji komitmen ahli kelab yang sanggup meluangkan masa hujung minggu untuk menyertai program ini yang sudah memasuki edisi ketiga,” katanya.

Sementara itu Presiden Kelab Skuter House Borneo Ferdinand Arthur berharap program seumpama ini akan diteruskan demi manfaat komuniti di seluruh negeri.

Advertisement
 Saifudin (tujuh dari kanan) menyampaikan bantuan kepada penerima.“Memandu skuter adalah hobi yang sihat dan program seperti ini membuka mata masyarakat tentang peranan positif kelab kami,” ujarnya.

Turut hadir memeriahkan acara Pemimpin Pembangunan Masyarakat Pantai Manis Rahman Latip @ Awang Ameng; Ketua Wanita PGRS Pantai Manis Mazrah Mahali; Ketua Beliawanis Pantai Manis Shaza Elfeera; Ketua Kampung Kuala Laut Dalam Madiaman Osman serta Pegawai Khas kepada Datuk Armizan Mohd Ali (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen Papar) Fairoz Yahya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here