Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Seminar Tekun Nasional ruang usahawan l-bandar tingkat kemahiran digitalisasi
Published on: Friday, August 08, 2025
Published on: Fri, Aug 08, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Seminar Tekun Nasional ruang usahawan l-bandar tingkat kemahiran digitalisasi
EWON menyampaikan cek cura kepada usahawan yang mendapat pinjaman Tekun pada majlis itu. –Foto: Bernama
KENINGAU: Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) Nasional komited memperkukuh pengetahuan serta kemahiran usahawan termasuk di luar bandar Sabah melalui Seminar Asas Keusahawanan bagi memberi pendedahan informasi terkini terutama dalam aspek digitalisasi perniagaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata komitmen Tekun Nasional menyediakan platfom seumpama itu amat diperlukan sebagai sokongan untuk memastikan golongan usahawan tempatan boleh berkembang maju dalam perniagaan sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi setempat. Beliau berkata sehingga 31 Julai lalu sebanyak 1,059 siri seminar telah diadakan di seluruh negara dengan penyertaan seramai 315,184 peserta.

Advertisement
“Seminar ini perlu diteruskan untuk mengupayakan usahawan di seluruh negara. Saya percaya digitalisasi menjadi antara pengisian dalam seminar dan ia wajar diteruskan. 

“Sebelum Covid-19 mungkin elemen ini belum berapa ketara tetapi selepas pandemik komponen pemasaran secara digital sangat besar sehingga hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Terima kasih kepada Tekun Nasional kerana memberi fokus kepada usahawan luar bandar. Perhatian sama perlu diberikan lebih-lebih lagi usahawan luar bandar mengambil kira faktor logistik, geografi dan keperluan pemasaran dalam talian menjadi sesuatu yang sangat penting,” katanya ketika ditemui Bernama selepas merasmikan Seminar Asas Keusahawanan Tekun Nasional pada Khamis.

Seminar sehari itu dihadiri seramai 300 usahawan Keningau termasuk kawasan sekitar.

Advertisement
Dalam pada itu Ewon berkata seminar sama telah diadakan di Telupid, Kuamut dan Kota Marudu manakala di Beaufort pada Ahad.

“Semua ini adalah kawasan luar bandar. Saya yakin seminar ini akan dapat membantu usahawan-usahawan mengemas kini dan memperbaharui pengetahuan serta kemahiran dalam pengurusan, pentadbiran dan pengoperasian perniagaan mereka,” katanya.

Advertisement
Beliau turut memuji usaha Tekun Nasional yang sentiasa menyediakan kemudahan pembiayaan bagi membantu usahawan mikro dan kecil melalui pinjaman mudah dan berpatutan supaya mereka dapat memanfaatkan peluang mengembangkan potensi perniagaan.

Pada majlis itu Ewon menyampaikan replika cek pembiayaan berjumlah RM3.54 juta kepada 234 usahawan sekitar Keningau bagi tempoh Januari hingga Jun 2025.

Sejak diwujudkan pada 1998, Tekun Nasional telah menyalurkan RM1.2 billion kepada 66,350 usahawan di Sabah sehingga kini.

Bagi Parlimen Keningau bantuan pembiayaan disalurkan kepada 2,821 usahawan bimbingan Tekun Nasional melibatkan RM52 juta bagi tempoh yang sama.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here