Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Charlayne tetap bangga tempat ketiga pada Terbuka Amatur Wanita Kelab Golf Diraja Selangor
Published on: Saturday, August 09, 2025
Published on: Sat, Aug 09, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Charlayne tetap bangga tempat ketiga pada Terbuka Amatur Wanita Kelab Golf Diraja Selangor
CHARLAYNE (kanan) menerima hadiah daripada pengerusi Tan Ai-Leen.
Kota Kinabalu: Charlayne Chong menduduki tempat ketiga pada Terbuka Amatur Wanita Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) yang berakhir pada Khamis.

Mata keseluruhan satu bawah 218 yang dicatat menyaksikan dia terlepas play-off dengan hanya ketinggalan satu pukulan daripada juara Bianca Naomi Laksono dari Indonesia dan Samantha Dizon dari Filipina.

Advertisement
Pemain kelahiran Sabah berusia 23 tahun yang baru memenangi Golf Terbuka Amatur Kelantan ke-48 seminggu lalu meneruskan prestasi cemerlangnya pada hari pertama. 

Dia mengejutkan pesaingnya dengan catatan 68 pada pusingan pembukaan untuk mendahului.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun, dia goyah pada hari berikutnya dengan cacatan teruk 80, tetapi berjaya menebusnya pada hari terakhir dengan 69.

Walaupun prestasi buruk pada hari kedua, Charlayne berkata dia tidak pernah berputus asa.

Advertisement
“Agak mengecewakan apabila prestasi saya merosot pada hari kedua selepas memulakan kejohanan dengan baik.

“Rasanya saya sedikit tekanan dan tidak dapat mencari rentak. Namun, saya tidak pernah putus harapan. Matlamat utama saya untuk kejohanan ini adalah untuk menerapkan apa yang saya pelajari daripada kejohanan saya sebelum ini dan untuk terus mengawal emosi dan pemikiran, merendahkan jangkaan dan menghilangkan tekanan.

Advertisement
“Saya berbangga untuk mengatakan saya berjaya mencapai matlamat itu dan sebagai saguhati, saya berjaya bangkit pada hari terakhir. Saya mungkin terlepas hanya dengan ketinggalan satu pukulan, tetapi saya benar-benar gembira kerana saya kekal tenang dan fokus sehingga ke lubang terakhir.

“Walaupun saya berharap untuk mara ke playoff, saya terima pencapaian ini dengan bangga kerana dapat bangkit semula amat bermakna kepada saya,” katanya.

Charlayne turut memuji penganjur kejohanan dan berterima kasih kepada keluarganya, MGA (Persatuan Golf Malaysia), penaja dan semua pihak yang telah memberikan sokongan kepadanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here