Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lapan dari Sabah antara 71 disyaki keldai akaun dalam Op Khas Kad ATM
Published on: Saturday, August 09, 2025
Published on: Sat, Aug 09, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Lapan dari Sabah antara 71 disyaki keldai akaun dalam Op Khas Kad ATM
RUSDI menunjukkan sebahagian daripada 9250 keping kad ATM pelbagai bank yang dirampas.
Kuala Lumpur: Polis menahan 71 individu, termasuk lapan warga asing, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah komersial sebagai keldai akaun dalam 59 serbuan di seluruh negara menerusi Op Khas Kad ATM baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata operasi itu dijalankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia bagi menumpaskan kegiatan pengeluaran wang oleh sindiket penipuan berdasarkan kes dilaporkan di Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).

Advertisement
Beliau berkata daripada 59 serbuan yang dijalankan antara 29 hingga 31 Julai lepas itu, 24 serbuan dibuat di Kuala Lumpur, Pulau Pinang (11), Sabah (8), Perak (5), Pahang (4), Selangor (3), manakala Negeri Sembilan dan Sarawak masing-masing dua serbuan.

“Mereka yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 50 tahun terdiri daripada 55 lelaki dan lapan wanita tempatan, selain lapan lelaki warga asing iaitu empat warga Bangladesh, masing-masing seorang warga China, Nigeria, Myanmar dan Indonesia,” katanya pada sidang media JSJK di Menara KPJ di sini, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Rusdi berkata turut dirampas ialah 925 kad ATM pelbagai bank, wang tunai RM392,266, 100 telefon bimbit, 32 kad sim, 16 beg, 55 dokumen, 10 fail, dua buku cek kosong, satu resit cek bernilai RM90,961.24, lima kereta, satu mesin kira, sebuah kotak, sebuah komputer riba, sebuah tablet serta sebuah mesin pencetak.

“Sebanyak 42 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420, 424, 424A dan 511 Kanun Keseksaan; Seksyen 5(2), 15A(1)(b) dan 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Advertisement
“Siasatan awal mendapati suspek terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian, pinjaman tidak wujud, Ah Long dan pengurup atau pengirim wang tanpa lesen,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, 16 individu telah dituduh di mahkamah iaitu enam di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan 10 di bawah Seksyen 424A Kanun Keseksaan, manakala baki 55 dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here