Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
170 rumah dan premis sambung elektrik tidak sah, usik meter di Lahad Datu
Published on: Saturday, August 09, 2025
Published on: Sat, Aug 09, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
170 rumah dan premis sambung elektrik tidak sah, usik meter di Lahad Datu
Orang ramai diminta melaporkan aktiviti mencurigakan berkaitan bekalan elektrik kepada Sabah Electricity menerusi hotline 15444 atau aplikasi mySESB.
LAHAD DATU: Sabah Electricity mengesan 170 rumah serta premis terlibat dengan sambungan elektrik secara tidak sah dan melakukan usikan pepasangan meter secara haram dalam Operasi Martabat di sekitar Lahad Datu selama tiga hari bermula Selasa lepas.

Sabah Electricity dalam kenyataan Jumaat memaklumkan operasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu mengesan 100 rumah terlibat dengan penyambungan elektrik tidak sah manakala 70 premis terlibat dengan pepasangan meter secara haram.

Advertisement
“Dalam Operasi Martabat di Lahad Datu, kerugian hasil yang dikesan dianggarkan RM273,000 sebulan. Aktiviti haram itu bukan sahaja membahayakan nyawa, malah mengakibatkan kerugian besar kepada negara dan mengganggu bekalan elektrik kepada pengguna sah,” menurut kenyataan itu.

Operasi Martabat diteruskan sehingga 30 Ogos ini dan menyasarkan penurunan kadar kehilangan tenaga di Lahad Datu daripada 17.17 peratus kepada 15 peratus.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Orang ramai diminta melaporkan aktiviti mencurigakan berkaitan bekalan elektrik kepada Sabah Electricity menerusi hotline 15444 atau aplikasi mySESB.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here