MELIHAT masih ramai penggiat seni di negeri ini, khususnya penyanyi nasyid, belum tahu tentang pengurusan royalti muzik, Persatuan Komposer Penulis Lirik Artis Nasyid Sabah (Kopan) tampil mengadakan bengkel advokasi percuma untuk golongan sasar terbabit, baru-baru ini.
Pengerusinya Mohd Nazri Saidali berkata bengkel pengurusan lagu nasyid dan royalti yang diadakan di Kota Kinabalu itu dihadiri 35 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Kopan, penyanyi, penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit tempatan.
“Kopan mengadakan bengkel ini kerana kami mendapati masih ramai pengkarya seperti komposer, penulis lirik dan penyanyi tidak tahu cara yang tepat untuk menguruskan lagu mereka.
“Kefahaman mereka tentang peranan pengkarya dalam muzik, khususnya apabila melibatkan soal royalti, agak terhad. Atas sebab itu, masih ramai dalam kalangan mereka belum menjana royalti masing-masing daripada lagu ciptaan mereka.
Advertisement





