Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah Women’s Lab perkasa wanita selari Hala Tuju SMJ: Menteri
Published on: Saturday, August 09, 2025
Published on: Sat, Aug 09, 2025
Text Size:
Text:
Sabah Women’s Lab perkasa wanita selari Hala Tuju SMJ: Menteri
James berkata, program pemerkasaan wanita itu merangkumi beberapa fasa termasuk Simposium Pemimpin Wanita Sabah yang dijadual berlangsung pada 29 Ogos ini dan bakal dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Kota Kinabalu: Penganjuran Bengkel Sabah Women’s Lab (Fasa Kedua, Incubator Lab) disifatkan sebagai platform penting memperkasa wanita negeri ini selaras dengan hala tuju Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025. 

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata penyertaan peserta dalam bengkel itu membuktikan komitmen tinggi untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan daya saing diri. 

Advertisement
“Bengkel seperti ini bukan sahaja menjadi medan menimba ilmu dan berkongsi pengalaman, malah memperkukuh jaringan kerjasama, bertukar pandangan serta mencambah idea konstruktif.

“Saya berharap semua peserta dapat memanfaatkan segala input sepanjang bengkel ini berlangsung untuk melahirkan inovasi dan memberi impak positif dalam bidang masing-masing,” katanya ketika merasmikan bengkel itu, di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau, program anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) itu wajar disokong kerana membawa pendekatan ke arah melahirkan pemimpin wanita yang berintegriti, berempati dan menekankan keadilan sosial.

Katanya, usaha pemerkasaan wanita juga penting bagi memastikan lebih ramai wanita berkualiti menyertai pentadbiran awam dan politik, sekaligus membentuk dasar yang lebih sensitif terhadap keperluan wanita.

Advertisement
“Penganjuran bengkel ini juga selari dengan prinsip inklusiviti dan kesaksamaan peluang yang menjadi antara fokus utama dalam Pelan SMJ. Ia menyasarkan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan berdaya saing yang melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk wanita muda dan golongan B40,” ujarnya.

James berkata, program pemerkasaan wanita itu merangkumi beberapa fasa termasuk Simposium Pemimpin Wanita Sabah yang dijadual berlangsung pada 29 Ogos ini dan bakal dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisement
“Kesemua 75 peserta bengkel ini akan dijemput menghadiri simposium itu dan secara automatik menjadi peserta Glow@Sabah Women Leader, iaitu projek jangka masa panjang bagi pemerkasaan wanita,” tambahnya. Beliau turut menyeru peserta agar menjadikan bengkel itu sebagai titik permulaan kepada perubahan positif dalam diri masing-masing.

“Gunakan segala ilmu dan pendedahan yang diperoleh selama dua hari ini sebagai bekal untuk keluar daripada zon selesa. Kemajuan diri memerlukan kesungguhan, usaha berterusan dan keberanian,” jelasnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here