Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Proses gali semula selesai, bedah siasat pagi ini
Published on: Sunday, August 10, 2025
Published on: Sun, Aug 10, 2025
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Proses gali semula selesai, bedah siasat pagi ini
JENAZAH Zara Qairina dibawa keluar dari kawasan tanah perkuburan pada 7.38 malam.
SIPITANG: Bedah siasat ke atas jenazah Zara Qairina Mahathir, 13, yang meninggal dunia bulan lalu dijadualkan dilaksanakan pada pukul 9 pagi ini di Hospital Queen Elizabeth I (HQE1).

Peguam keluarga, Hamid Ismail, berkata proses penggalian semula mayat dari tanah perkuburan mengambil masa lebih sejam. “Proses penggalian semula bermula pada 6 petang dan berakhir kira-kira 7.15 malam. Jenazah kemudian dimasukkan ke dalam trak polis dan dibawa ke HQE1 untuk bedah siasat,” katanya ketika meninggalkan kawasan perkuburan pada Sabtu.

Advertisement
Beberapa anggota pasukan forensik lengkap berpakaian Peralatan Perlindungan Diri (PPE) memasuki kawasan kubur bagi menjalankan proses itu, dibantu kira-kira enam anggota jawatankuasa tanah perkuburan.

Majistret Wan Farrah Farizza Wan Ghazali, ibu arwah Noraidah Lamat, serta pakar forensik Hospital Queen Elizabeth I, Dr Jessie Hiu, turut menyaksikan proses penggalian semula tersebut. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, mengetuai pasukan polis yang hadir, disertai peguam keluarga, Hamid dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi Md Zain.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.

Sekitar 100 penduduk tempatan termasuk ahli keluarga dan saudara terdekat Zara berkumpul di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol sejak 3 petang dalam keadaan hujan untuk menyaksikan proses itu. Polis mengehadkan kemasukan ke kawasan kubur yang ditutup menggunakan pita kuning, manakala orang ramai menunggu di luar berteduh di bawah payung.

Advertisement
Ibu bapa Zara, termasuk bapanya, Mahathir Hashim, serta datuk dan neneknya turut hadir ketika proses bermula kira-kira 5.30 petang, dan kenderaan yang membawa ahli keluarga rapat dilihat meninggalkan kawasan itu pada lewat malam. 

Terdahulu, datuk nenek arwah sebelah bapanya, Hashim Tuah, 82, dan Irene Koh @ Hasnah Yusof, 76, berkata mereka berharap penggalian semula itu dapat mendedahkan kebenaran serta membantu melengkapkan siasatan pihak berkuasa.

Advertisement
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri pada pukul 3 pagi, 16 Julai di dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Datu Mustapha di Kinarut, Papar, dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here