Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Segera adakan inkues: Ronald
Published on: Sunday, August 10, 2025
Published on: Sun, Aug 10, 2025
Text Size:
Text:
Segera adakan inkues: Ronald
“Tragedi yang menimpa Zara Qairina bukan sekadar tragedi sebuah keluarga – ia adalah ujian besar terhadap nilai keadilan, integriti dan kejujuran institusi yang terlibat dalam siasatan, termasuk Kementerian Pendidikan,” kata Ronald dalam kenyataan.
Kota Kinabalu: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata prosiding inkues yang diminta keluarga Zara Qairina Mahathir perlu diadakan segera susulan siasatan ke atas kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Ahli Parlimen Beluran itu menyifatkan arahan Jabatan Peguam Negara (AGC), untuk pihak berkuasa menggali semula kubur bagi menjalani bedah siasat ke atas jenazah Zara Qairina, sebagai permulaan penting menepis dakwaan dan persepsi pelbagai pihak terhadap kelemahan serta kepincangan dalam siasatan awal.

Advertisement
Beliau berkata, perhimpunan ‘Justice for Zara’ pada Jumaat malam membuktikan solidariti dan kebangkitan rakyat dalam menuntut keadilan buat mangsa serta keluarganya.

“Tragedi yang menimpa Zara Qairina bukan sekadar tragedi sebuah keluarga – ia adalah ujian besar terhadap nilai keadilan, integriti dan kejujuran institusi yang terlibat dalam siasatan, termasuk Kementerian Pendidikan,” katanya dalam kenyataan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here