Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Asrama bantu selesai keperluan penginapan pelajar luar bandar
Published on: Sunday, August 10, 2025
Published on: Sun, Aug 10, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Asrama bantu selesai keperluan penginapan pelajar luar bandar
DR Joachim (tiga dari kanan) mendengar taklimat daripada Rudi ketika melawat Asrama Cahaya Kasih.
RANAU: Kira-kira 20 pelajar yang tidak mempunyai tempat tinggal bakal mendapat kemudahan asrama apabila Asrama Cahaya Kasih di Kampung Malinsau Darat siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Adun Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, meninjau kemajuan projek komuniti yang kini 90 peratus siap untuk mengenal pasti bentuk sumbangan yang boleh disalurkan sama ada daripada Kerajaan atau Pejabat Adun Kundasang.

Advertisement
Asrama bernilai RM230,000 itu dibina hasil sumbangan pelbagai NGO, termasuk Majlis Gereja-Gereja Sabah, selain tanah yang disumbangkan penduduk tempatan.

Ia dicetuskan penduduk Kampung Malinsau Darat bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gabungan bagi membantu pelajar yang tinggal jauh meneruskan pelajaran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengerusi projek merangkap Guru Besar SK Sri Gabungan, Rudi Burain, berkata kemudahan itu bukan sahaja menyediakan tempat tinggal, malah ruang pelajar mengikuti aktiviti akademik dan kerohanian. 

“Dengan bantuan Dr. Joachim, kami yakin asrama ini dapat digunakan tidak lama lagi,” katanya.

Advertisement
Turut hadir, Setiausaha Politik Dr Joachim, Yubidi Gompoyo; Pengerusi JPKK Kampung Nasakot Malinsau Darat, Patrick Gundalam; serta beberapa pemimpin setempat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here