Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan Negeri sokong mana-mana aktiviti berkaitan budaya etnik – Ketua Menteri
Published on: Monday, August 11, 2025
Published on: Mon, Aug 11, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Kerajaan Negeri sokong mana-mana  aktiviti berkaitan budaya etnik – Ketua Menteri
MUSA (kanan) dan Hajiji melawat gerai makanan tradisional sempena majlis Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama 2025.
Tuaran: Kerajaan negeri sentiasa menyokong mana-mana NGO yang menganjurkan aktiviti bertujuan memelihara warisan budaya pelbagai etnik di Sabah, asalkan ia tidak bertindih dengan program-program serupa anjuran Kerajaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajji Noor berkata, penganjuran program seni dan budaya seperti Festival Kebudayaan Rumpun Bajausamah mampu mengangkat khazanah budaya negeri ke tahap yang lebih tinggi sekali gus menaikkan imej negeri di persada dunia.

Advertisement
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Festival Kebudayaan Rumpun Bajausamah di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausamah di Lok Batik, di sini, Ahad.

Acara itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata program seumpama ini juga merupakan pengukuh silaturrahim dalam kalangan masyarakat setempat tanpa mengira bangsa dan agama.

Selaras dengan tema festival ‘Budaya Tradisi Teras Perpaduan Malaysia Madani’, Hajiji berkata adalah menjadi tanggungjawab Persatuan Rumpun Bajausamah untuk mengangkat agenda perpaduan sebagai teras perjuangan kerana matlamat sebenar kita dalam memartabatkan budaya bangsa ialah mencipta keharmonian dan mengekalkan perpaduan.

Advertisement
“Sejak turun-temurun dan sejak berabad-abad lamanya, penduduk di negeri ini telah mengamalkan budaya hidup hormat menghormati, bekerjasama dan saling bantu membantu tanpa mengira warna kulit dan fahaman agama,” katanya.

Katanya, semangat perpaduan dan saling bertoleransi dalam kalangan penduduk di negeri ini telah membentuk masyarakat Sabah dengan identiti yang unik dan memikat.

Advertisement
“Dengan 35 kumpulan etnik dan 217 sub-etnik yang wujud dalam komuniti Sabah menjadikan masyarakat kita ini sedemikian rencam dan benar-benar majmuk dalam konteks Malaysia.

“Pun demikian, rakyat Sabah kekal hidup harmoni dengan semangat perpaduan yang tinggi sesuai dengan slogan ‘Kesatuan Dalam Kepelbagaian’,” katanya.

Hajiji menambah, terdapat banyak manfaat dan hikmah dalam kehidupan yang harmoni dan bersatu padu, sama ada dalam keluarga, organisasi, persatuan, komuniti atau negara.

Hajiji yakin melalui penganjuran festival seperti ini, dengan pelbagai acara yang disusunatur, termasuk pertandingan tarian tradisional seperti Limbai dan Runsai, pertandingan nyanyian Bintang Soromas, dan pertandingan Betitik, bakat baharu dalam setiap bidang dapat dicungkil dan seterusnya memelihara warisan budaya.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas sokongan Musa dalam penubuhan Persatuan Rumpun Bajausamah 12 tahun lalu dan pembangunan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausamah di Lok Batik, yang bermula pada 2017 semasa beliau menjadi Ketua Menteri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here