Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Ilau Kalimaran serlah citra budaya etnik Murut
Published on: Monday, August 11, 2025
Published on: Mon, Aug 11, 2025
Text Size:
Text:
Ilau Kalimaran serlah citra budaya etnik Murut
JOACHIM (tiga dari kiri) menyaksikan perarakan Seni Budaya Kalimaran.
KEMABONG: Penganjuran Ilau Kalimaran Peringkat Negeri Sabah Kali Ke-19 dilihat sebagai pentas menyerlahkan citra budaya penuh warna warni etnik Murut di Sabah.

Bertemakan ‘Ahahanggoi Am Sumingkot’ pesta tahunan dengan tema yang bermaksud ‘berganding bahu membangun bersama’ itu berlangsung selama empat hari bermula Rabu lalu di Dataran Daerah Kecil Kemabong.

Advertisement
Dihadiri kira-kira 20,000 pengunjung secara fizikal tidak termasuk 17,000 dalam talian secara langsung di TV Sabah antara acara termasuklah pameran dan pertandingan kraf tangan serta sukan tradisi seperti pertandingan tarik tali, melastik dan menyumpit.

Turut berlangsung pertandingan rekaan pakaian tradisi kategori lelaki (Kalawon) dan wanita (Rala), pertandingan lagu Lundayeh serta pertandingan Butitin Kalimaran kategori dewasa dan kanak-kanak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, pada Sabtu.

Hadir mengiringi beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Datuk Rubin Balang, Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah, Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng dan Pengerusi Sabah Urban Development Corporation (SUDC) Datuk Jamari Jaafar.

Advertisement
Pada majlis itu Joachim menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada tiga individu terdiri daripada pesara Polis mendiang Suab Sakai, Wakil Ketua Anak Negeri Allahyarham Ahmad Shukry @ Antikoh Lituan dan pesara guru mendiang Angkangon @ Angagon Sagul @ Anbou (Kampung Mamaiton) yang diwakili anak masing-masing.

Sementara itu Anugerah Keluarga Berpendidikan Tinggi (AKBT) diberikan kepada Keluarga Sukimin Rukini dari Kampung Gumisi Laut, AKBT Kategori Anugerah Keluarga Inspirasi (Keluarga Berni Amat) dan AKBT Kategori Anugerah Keluarga Teladan (Keluarga Madan Tambi).

Advertisement
Paling mengujakan pada acara kemuncak sebanyak 17 kontinjen dengan jumlah melebihi 700 orang memperagakan keindahan  budaya, pakaian tradisi, seni tari dan sebagainya dalam Perarakan Seni Budaya Kalimaran.

Perarakan itu diungguli kontinjen Gabungan Kemabong Seberang sebagai juara manakala kontinjen Kampung Tilis/ Kungkular dan kontinjen Persatuan Seni Budaya Tenom Batu Tinikang masing-masing meraih naib juara dan tempat ketiga.

Menurut Joachim, Pesta Kalimaran merupakan usaha kerajaan yang signifikan untuk mengangkat martabat seni dan warisan etnik Murut termasuk sub etniknya seperti Murut Tahol, Murut Timugon, Murut Bookan, Lundayeh dan sebagainya ke peringkat global.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here