Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Keningau rai Hari Sabah, tamu baharu dan bantuan nelayan serentak
Published on: Monday, August 11, 2025
Published on: Mon, Aug 11, 2025
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Keningau rai Hari Sabah, tamu baharu dan bantuan nelayan serentak
JEFFREY menyampaikan sumbangan kepada penerima serta menyerahkan enjin bot kepada yang layak.
KENINGAU: Sambutan Hari Sabah Peringkat Daerah Keningau berlangsung meriah pada Sabtu dengan pelancaran rasmi oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, di Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) di sini.

Acara turut disertai perasmian Gerai Harian dan Tamu Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah (KPD) serta penyerahan bantuan pembiayaan oleh Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (Ko-Nelayan).

Advertisement
Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Leonard Stephen Poyong; Pegawai Daerah Keningau, Peter Jonu Moinjil; Pengurus Besar KPD, Jamilah Lee; Pengurus Besar Ko-Nelayan, Haji Yusof Haji Ag Besar; Pengurus Besar Safma, Syed Mohd Hamizan Roslan; serta wakil jabatan dan agensi berkaitan.

Majlis dimulakan dengan konvoi 50 motosikal berarak mengelilingi bandar sebagai publisiti bergerak sambil membangkitkan semangat cintakan negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam ucapannya, Dr. Jeffrey mengingatkan bahawa 31 Ogos 1963 adalah tarikh bersejarah kemerdekaan Sabah daripada British, 16 hari sebelum menyertai Malaysia.

Beliau turut menyentuh keputusan Majlis Undangan Sabah pada 8 Ogos 1963 yang menegaskan kemerdekaan mesti diperoleh terlebih dahulu sebelum pembentukan Malaysia bagi mengelakkan risiko dijajah semula.

Advertisement
Beliau berkata sambutan ini mengajak rakyat menghayati sejarah pemerintahan sendiri, memahami peranan Sabah sebagai rakan pengasas Malaysia, dan memupuk perpaduan tanpa mengira kaum atau agama.

Dalam acara kedua, APCC Keningau yang siap pada 2022 kini dilengkapi 10 gerai harian untuk usahawan menjual hasil pertanian dan produk makanan, selain dirancang sebagai lokasi tamu bulanan. Menurut Dr. Jeffrey, kemudahan ini bakal membentuk rantaian pemasaran lestari dan merancakkan ekonomi setempat.

Advertisement
Sementara itu, Ko-Nelayan menyalurkan bantuan RM192,180 kepada 18 penerima Program Peningkatan Pendapatan Nelayan & Usahawan Perikanan serta tiga penerima Tabung Kebajikan Bencana. Bantuan merangkumi enjin sangkut, perahu, modal pusingan dan mesin pemprosesan produk hiliran.

Dr. Jeffrey merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat, menyifatkan penganjuran tiga acara serentak sebagai contoh terbaik penyampaian perkhidmatan bersepadu yang menjimatkan kos, masa dan tenaga.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here