Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiada kaitan anak kami, kata keluarga
Published on: Tuesday, August 12, 2025
Published on: Tue, Aug 12, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Tiada kaitan anak kami, kata keluarga
Bimbangkan keselamatan mereka, keluarga itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu pada jam 2.30 petang 8 Ogos. - FOTO untuk ilustrasi sahaja.
LAHAD DATU: Keluarga seorang bekas pelajar SMK (A) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar, membuat laporan polis berhubung dakwaan yang mengaitkan anak perempuan mereka dengan kes Zara Qairina Mahathir.

Muhammad Yasim berkata anaknya yang berusia 16 tahun telah berpindah ke Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) pada awal 2025.

Advertisement
“Anak saya bersekolah di SMKA Tun Datu Mustapha dari 2022 (Tingkatan 1) hingga 2024 (Tingkatan 3) dan berpindah ke KVLD pada awal tahun ini. Kejadian yang membabitkan Zara Qairina berlaku ketika anak saya tidak lagi bersekolah di situ.

“Gambar anak saya dikongsi dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikTok dengan dakwaan dia pembunuh Zara Qairina. Video itu meraih lebih 10,000 tontonan dan penuh dengan komen negatif terhadap anak serta keluarga kami,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bimbangkan keselamatan mereka, keluarga itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu pada jam 2.30 petang 8 Ogos. Laporan itu juga dibuat sebagai rujukan bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan mahkamah sekiranya video tersebut tidak dipadam.

Menurut Muhammad Yasim, laporan dibuat terhadap pengguna TikTok yang memuat naik gambar anaknya yang diambil pada 2024.

Advertisement
Katanya, walaupun pemilik akaun TikTok itu telah memohon maaf dan memadam video tersebut, masih ada individu yang menyebarkan berita palsu itu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan terhadap anak saya, Nurul Qurratu Aini, dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengaitkannya dengan kes ini,” tegasnya.

Advertisement
Dia juga mengingatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya di media sosial kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada pihak tidak bersalah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here