Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pelajar Politeknik Tawau digesa tampil jika dibuli
Published on: Tuesday, August 12, 2025
Published on: Tue, Aug 12, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Pelajar Politeknik Tawau digesa tampil jika dibuli
DR Srinivasan (tengah, hadapan) dan Helen (ketujuh, kiri)) merakamkan gambar kenangan bersama warga PTS dan rakan kerjasama program itu.
TAWAU: Pelajar Politeknik Tawau Sabah (PTS) diminta agar berani tampil ke hadapan sekiranya menjadi mangsa buli atau menghadapi gangguan emosi disebabkan oleh pelajar lain.

Timbalan Pengarah PTS, Helen Lau @ Abd Kadir berkata, pihaknya amat menekankan kesihatan emosi dalam kalangan pelajar, selain menitik-beratkan aspek kesihatan fizikal.

Advertisement
“PTS terus komited dalam memastikan kesihatan warga institusi sama ada pelajar mahupun kakitangan terus berada dalam keadaan baik, dari segi emosi mahupun fizikal,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada program Hari Pemeriksaan Kesihatan 2025, di institusi itu, Sabtu,

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Program anjuran Unit Hal Ehwal Pelajar PTS itu diadakan dengan kerjasama Klinik Pergigian Tawau, Klinik Kesihatan Apas-Balung dan Unit Tabung Derma Darah Hospital Tawau.

Program itu, yang memberi manfaat kepada lebih 400 warga PTS, dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr Srinivasan a/l Subramaniam.

Advertisement
Helen berharap pelaksanaan program tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang, sekali gus memperkukuhkan lagi kerjasama antara PTS dan agensi-agensi terlibat.

Katanya, pelaksanaan program tersebut adalah juga untuk memenuhi Program Siswa Sihat (Prosis) di PTS dan turut melibatkan 135 pelajar baharu melalui ambilan Sesi I: 2025/2026 pada Julai yang lalu.

Advertisement
Untuk rekod, PTS mencatatkan 100 peratus ambilan pelajar baharu bagi lima semester berturut-turut melibatkan dua program yang ditawarkan iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Pelancongan Rekreasi.

Senario ini, katanya, memperkukuhkan kewujudan PTS di kawasan Pantai Timur Sabah dengan memberi fokus program berasaskan industri pelancongan terus mendapat sambutan anak tempatan dan juga luar negeri.

Sementara itu, Dr Srinivasan mengingatkan warga PTS, khususnya pelajar supaya lebih peka terhadap kesihatan mental dan fizikal agar mampu kekal aktif dalam melaksanakan tugasan harian.

Menurutnya, pihaknya amat menyambut baik penganjuran program tersebut dalam usaha memperkasa sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera-Health Promotions in Learning Institutions (BMSS-HePiLI) yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). 

Justeru itu, beliau menggalakkan warga PTS mengambil peluang melakukan saringan kesihatan umum serta pemeriksaan dan rawatan gigi secara percuma.

Sempena program sehari tersebut, warga PTS berpeluang melakukan pemeriksaan dan rawatan gigi, pemeriksaan kesihatan umum dan derma darah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here