Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Persatuan Filem dan Visual Sabah tumpu pembangunan kemahiran lakonan di luar Kota Kinabalu
Published on: Tuesday, August 12, 2025
Published on: Tue, Aug 12, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Persatuan Filem dan Visual Sabah tumpu pembangunan kemahiran lakonan di luar Kota Kinabalu
PESERTA bengkel mengabadikan gambar beramai-ramai bersama ahli jawatankuasa penganjur dan tenaga pengajar.
BENGKEL Asas Seni Lakon anjuran Persatuan Filem dan Visual Sabah (Safva) Zon Lahad Datu berjaya menarik 28 penyertaan dari pelbagai peringkat usia dari pelajar sekolah rendah, belia sehingga ke senior berusia 57 tahun di Lahad Datu.

Bengkel dua hari itu diadakan dengan sokongan daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah melalui Scenic.

Advertisement
Peserta bengkel diberikan pemahaman yang komprehensif tentang asas lakonan depan kamera dengan kemahiran praktikal dan pengetahuan teori yang diperlukan seperti asas lakonan untuk kamera, pembangunan watak dan skrip dan penggambaran asas dan istilah set.

ChesterMajlis penutupan disempurnakan oleh Presiden Safva Chester Pang merangkap pengerusi penganjur bengkel dengan penyampaian sijil kepada peserta, yang turut disaksikan oleh tenaga pengajar bengkel Ramli Carlo, Firdaus Jenar dan Jovenea Jim. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Program bengkel asas lakonan itu akan diteruskan zon Safva yang lain di seluruh Sabah seperti Keningau, Tawau dan Kota Marudu bagi membolehkan pembangunan kemahiran seni lakonan lebih seimbang di seluruh Sabah dan sebagai persiapan untuk menerima lebih banyak produksi dari luar negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here