Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penduduk Kundasang redah hujan demi Zara
Published on: Tuesday, August 12, 2025
Published on: Tue, Aug 12, 2025
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
Penduduk Kundasang redah hujan demi Zara
Hujan lebat tidak menghalang ribuan penduduk hadir ke perhimpunan terbabit.
Kundasang: Lebih 1,000 orang berpakaian serba hitam berhimpun di Pentas Budaya bagi perhimpunan ‘Tuntut Keadilan untuk Zara Qairina’ pada Ahad.

Perhimpunan yang bermula sekitar jam 1 petang itu menyaksikan ada dalam kalangan peserta yang sanggup meredah hujan lebat demi menuntut kebenaran berhubung kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

Advertisement
Terdiri daripada aktivis dan penduduk setempat kesemua mereka berdiri sambil melaungkan “Keadilan untuk Zara!” berulang kali sekali gus menggambarkan tekad agar kes berkenaan diselesaikan secara telus dan adil.

Perhimpunan itu diadakan di tengah tekanan awam yang semakin meningkat susulan perkembangan kes Zara Qairina. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Anak Negeri Andrew Jaibi mengingatkan hadirin bahawa Zara bukan sekadar nama dalam berita namun allahyarham adalah seorang anak yang bermain di rumah dan memeluk ibunya setiap.

“Namun nyawanya diragut sebelum waktunya. Bayangkan pelukan seorang ibu yang kini kosong dan hatinya dipenuhi soalan tanpa jawapan.

Advertisement
“Kita tidak boleh berdiam diri apabila ketidakadilan terpampang di hadapan kita. Kebenaran harus terbongkar dan keadilan ditegakkan

“Perhimpunan ini bukan sahaja sebagai tanda solidariti dengan keluarga Zara tetapi juga untuk menyampaikan mesej jelas bahawa tiada sesiapa yang mengatasi undang-undang,” katanya.

Advertisement
Dalam pada itu ramai membawa sepanduk dan plakad dengan mesej tegas seperti “Keadilan bukan kambing hitam”, “Kata tidak kepada buli”, “Hentikan pembuli”, “Tidak perlu jadi menteri; empati sudah cukup”, “Status VVIP bukan lesen membuli” dan “Keadilan bukan sekadar harapan — ia adalah hak”.

Malah sebuah sepanduk besar tertulis “Untuk Zara tersayang, kami tidak akan meninggalkanmu. Suaramu akan terus bergema melalui langkah kami yang tidak berbelah bahagi sehingga kebenaran muncul.”

Terdahulu Allahyarham Zara Qairina pada awal pagi 16 Julai lalu ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolahnya di Papar sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.

Arwah diletakkan di bawah alat sokongan hayat tetapi meninggal dunia keesokan harinya. Terdapat dakwaan bahawa Zara menjadi mangsa buli dengan tuduhan di media sosial mengaitkan pelajar berlatar belakang keluarga berpengaruh.

Kebimbangan dibangkitkan apabila pakaian mangsa tidak dihantar untuk pemeriksaan forensik dalam siasatan awal.

Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara pada 8 Ogos mengarahkan polis menggali semula kubur Zara untuk bedah siasat kedua selepas meneliti kes terbabit. 

Mahkamah Majistret Sipitang kemudiannya membenarkan permohonan itu dan kerja penggalian semula kubur arwah dijalankan di Tanah Perkuburan Tanjung Ubi, Kampung Kalamauh Mesapol dilaksanakan dengan disaksikan ibunya, wakil guaman, pihak pendakwaan, pakar forensik, polis dan pihak berkuasa agama.

Proses itu dijalankan dalam hujan lebat dengan kawalan keselamatan ketat sebelum jenazah dibawa ke HQE untuk imbasan CT dan pemeriksaan forensik.

Bedah siasat baharu dimulakan awal pagi Ahad dan menarik perhatian ramai yang berkumpul di luar Jabatan Forensik HQE.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here