Advertisement
Menurut jurucakap itu, perangkap gris sepatutnya disambungkan ke sistem pembetungan untuk kedai berkenaan dan bukannya ke saliran di sekitar premis. Gris juga perlu dibuang dari peranti itu secara berkala.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
“Sekiranya pengusaha gagal berbuat demikian, tindakan lanjut akan diambil terhadapnya.”
Advertisement
“Saya mengesyaki kumbahan mungkin mengalir ke kawasan parkir kerana paip pembetungan di kawasan itu mungkin tersumbat,” katanya.
Dia berpendapat bahawa kemudahan pembetungan di bahagian pekan itu mungkin sudah lama tidak disenggara.
“Salah satu bidur konkrit yang menutup tangki septik di bawah kawasan parkir menghilang selama beberapa bulan.
“Pita keselamatan dipasang di sekeliling kawasan berbahaya itu sejurus selepas bidur itu rosak, tetapi tiada tindakan diambil untuk menutup bahagian terbuka di kawasan parkir berkenaan,” katanya.
Jaz berkata bau busuk yang memasuki ke restoran berhampiran menghalang ramai orang daripada mengunjungi premis terbabit.
“Mereka yang masuk ke dalam premis itu pula mengadu tentang kehadiran banyak lalat yang berterbangan. Mereka bimbang akan jatuh sakit sekiranya serangga ini hinggap pada makanan atau minuman mereka.”
Individu terbabit memberikan maklumat berkaitan aduannya kepada Hotline, yang kemudiannya dikemukakan kepada Majlis dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).
Jurucakap JPP berkata, jurutekniknya memeriksa keadaan saluran pembetungan di Jalan Chung, sejurus dihubungi pihak media.
“Mereka membuka penutup lurang di kaki lima dan mendapati paras efluen di dalamnya adalah rendah,” katanya.
Dia berkata, tiada satu pun struktur terbabit yang melimpah pada waktu itu.
“Selain itu, paip yang disambungkan kepada lurang ini juga tidak tersumbat, jadi pembetungan di kawasan pekan ini dianggap berada dalam keadaan baik.”
Katanya, kakitangan jabatan itu cuba menjejaki punca cecair yang mengotorkan jalan.
“Mereka mengangkat salah satu bidur simen di longkang tertutup bawah kaki lima dan mendapati paras air di dalamnya tinggi.
“Kami mengesyaki aliran air di dalam longkang itu mungkin melimpah ke jalan dan bertakung di tepi kaki lima serta kawasan parkir.”
Katanya, kakitangan jabatan itu juga menyedari terdapat paip dari restoran berdekatan yang rosak.
“Air kotor dari sinki dapur mengalir di seluruh kaki lima disebabkan oleh kerosakan ini.”
Jurucakap itu berkata, kakitangannya turut mengesan “lubang” pada tangki septik di bawah kawasan parkir.
“Kami bercadang untuk menggantikan bidur yang hilang serta mana-mana bidur lain yang tidak terletak dengan betul di atas pemasangan ini. Sementara itu, sekeping papan telah diletakkan di bahagian yang terdedah.”
Dia berkata, JPP juga sedang mengatur untuk menyahlumpur tangki terbabit.
Ketika ditanya tentang kekerapan penyelenggaraan ke atas pemasangan jabatan itu di Beaufort, katanya, ia dilakukan mengikut jadual.
“Kami secara rutin membersihkan saluran pembetung dengan semburan air bertekanan tinggi dan memeriksa paip menggunakan kamera litar tertutup bagi menentukan jika ada mana-mana paip itu rosak.”
Katanya, pemeriksaan kedua di kawasan Jalan Chung itu dilakukan beberapa hari kemudian bersama pegawai Majlis.
Jurucakap Majlis berkata, empat pekerjanya membersihkan sumbatan di dalam longkang tertutup selepas pemeriksaan itu.
“Tindakan ini dilakukan bagi mengurangkan gangguan akibat air bertakung di dalam struktur tersebut,” katanya.
“Pemilik kedai juga diminta supaya lebih peka menjaga kebersihan restoran, kerana kami mendapati tandas dan lantai restoran berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.”






