Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Penganggur buat laporan polis palsu didenda
Published on: Tuesday, August 12, 2025
Published on: Tue, Aug 12, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penganggur buat laporan polis palsu didenda
Hariff Nazwan Jasofa, 30, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin kerana memberikan maklumat palsu kepada seorang konstabel polis di Kaunter Aduan Awam Balai Polis Kota Kinabalu pada jam 12.45 tengah hari, 1 Julai tahun ini.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur didenda RM2,000 atau dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin, kerana membuat laporan palsu kononnya kereta milik ibu saudaranya dicuri sedangkan sebenarnya kenderaan itu disita bagi siasatan kes pecah rumah.

Hariff Nazwan Jasofa, 30, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin kerana memberikan maklumat palsu kepada seorang konstabel polis di Kaunter Aduan Awam Balai Polis Kota Kinabalu pada jam 12.45 tengah hari, 1 Julai tahun ini.

Advertisement
Pertuduhan menyatakan Hariff memberitahu Konstabel Steve Novasollic Along bahawa sebuah kereta Perodua Axia putih yang berada dalam pemilikannya telah hilang, dengan niat supaya pegawai itu mempercayai kenyataannya.

Kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan, pengadu membuat laporan polis selepas siasatannya mendapati Hariff telah memberikan maklumat palsu ketika membuat laporan. 

Dalam laporan palsu itu, Hariff mendakwa kereta terbabit dicuri di Taman Putrajaya Telipok.

Advertisement
Hasil siasatan kemudian mendedahkan bahawa kenderaan itu tidak dicuri, sebaliknya telah disita polis pada 19 Jun di Kepayan berhubung satu kes lain di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan membabitkan kes pecah rumah.

Hariff mengaku membuat laporan palsu itu kerana takut ibu saudaranya, pemilik berdaftar kenderaan itu, akan marah jika mengetahui dia telah menggunakannya bersama rakan-rakannya untuk melakukan pecah rumah sehingga kenderaan itu dirampas polis.

Advertisement
Hariff turut membuat laporan susulan pada hari sama dengan mendakwa MyKad miliknya yang berada di dalam kereta terbabit juga telah dicuri.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berumur 43 tahun didakwa mencuri 13 tin Carlsberg Special Brew bernilai RM89.70 dari sebuah kedai serbaneka.

Majilik Kuanang mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di 99 Speedmart, 88 Marketplace pada jam 11 pagi, 29 Julai tahun ini.

Kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 1 Oktober untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,600 dengan dua penjamin.

Sementara itu, seorang lelaki berumur 34 tahun mengaku tidak bersalah cuba mencuri komponen elektrik di stor kepunyaan Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity).

Andry didakwa cuba mencuri komponen busbar di dalam sebuah peti pembekal dengan membukanya menggunakan pemutar skru pada jam 12.59 pagi, 3 Mac 2024 di fasiliti penyimpanan Sabah Electricity di Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun yang sama.

Mahkamah menetapkan 8 Oktober untuk ptcm dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin. 

Inspektor Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here