Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Tiada ulasan lanjut dari keluarga
Published on: Wednesday, August 13, 2025
Published on: Wed, Aug 13, 2025
Text Size:
Text:
Tiada ulasan lanjut dari keluarga
Keluarga kepada Zara Qairina Mahathir tidak akan membuat ulasan lanjut sehingga hospital mengeluarkan laporan rasmi bedah siasat bagi mengelakkan sebarang percanggahan dengan penemuan secara lisan yang sebelum ini dimaklumkan kepada pasukan peguam mereka dan ibunya.
Kota Kinabalu: Keluarga kepada Zara Qairina Mahathir tidak akan membuat ulasan lanjut sehingga hospital mengeluarkan laporan rasmi bedah siasat bagi mengelakkan sebarang percanggahan dengan penemuan secara lisan yang sebelum ini dimaklumkan kepada pasukan peguam mereka dan ibunya.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, peguam keluarga, Shahlan Jufri dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi, merakamkan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana mengarahkan polis memohon untuk penggalian semula kubur dan menjalankan bedah siasat pada 10 Ogos.

Advertisement
Mereka juga berterima kasih kepada pihak polis kerana memantau rapat kedua-dua proses penggalian dan pemeriksaan tersebut.

Keluarga itu menghargai kehadiran serta sokongan pelbagai pihak, termasuk wakil media, yang berada di tanah perkuburan dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 sepanjang hari tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mereka menyifatkan solidariti itu amat bermakna ketika keluarga berdepan langkah seterusnya dalam proses undang-undang.

Sementara itu, peguam keluarga memuji pengambilalihan siasatan kematian Zara oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sebagai langkah positif ke arah menegakkan keadilan.

Advertisement
Keputusan itu dibuat susulan arahan AGC supaya kes berkenaan dikendalikan oleh Pasukan Petugas dari Bukit Aman, memenuhi salah satu daripada empat tuntutan yang dikemukakan pasukan peguam kepada AGC pada 5 Ogos lalu.

Empat tuntutan tersebut ialah supaya kertas siasatan dikembalikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kes dibuka semula, melantik pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman, menggali semula kubur Zara untuk bedah siasat, serta mengadakan inkues bagi menentukan sama ada terdapat unsur jenayah.

Advertisement
Peguam keluarga berkata perkembangan terbaharu itu memberi harapan bahawa kebenaran di sebalik kematian Zara akan terbongkar dan dapat memastikan sama ada ia berpunca daripada perbuatan khianat.

“Perkembangan positif ini diharapkan dapat merungkai isu-isu yang menyelubungi kematian Zara dan seterusnya membuktikan wujudnya unsur jenayah,” kata mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here