LAHAD DATU: Seorang warga asing ditahan ekoran menunggang motosikal curi pada Ahad.
Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata lelaki berkenaan yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah ditahan semasa Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran Yamaha Y15ZR yang ditungganginya (SD4319N) sebenarnya untuk sebuah motosikal Honda.
“Hasil pemeriksaan pada nombor casis juga mendapati nombor pendaftaran asal adalah SWJ5623 dan ia telah dilaporkan hilang di Kalabakan,” katanya.
Suspek kemudiannya ditahan manakala motosikal ditunggangi suspek telah dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk siasatan lanjut.