Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Siasat pematuhan SOP’
Published on: Thursday, August 14, 2025
Published on: Thu, Aug 14, 2025
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
‘Siasat pematuhan SOP’
YUSOF bersama komuniti di Sipitang menggesa siasatan menyeluruh berhubung kematian tragis Zara Qairina.
SIPITANG: Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Sabah dan pihak sekolah terlibat digesa menjalankan siasatan dalaman berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kerja, disiplin dan prosedur keselamatan di sekolah serta asramanya susulan kematian tragis pelajar berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir.

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata siasatan itu penting bagi menentukan tahap pematuhan SOP dan memelihara keyakinan ibu bapa terhadap sistem pendidikan.

Advertisement
“Ini bukan soal kecuaian kecil, tetapi melibatkan nyawa dan keyakinan ibu bapa terhadap sistem pendidikan kita,” katanya sambil menegaskan bahawa tragedi ini perlu mendorong kajian semula secara menyeluruh terhadap langkah keselamatan di sekolah dan asrama.

Beliau turut menggesa pihak polis menjalankan siasatan penuh dan profesional terhadap insiden berkenaan bagi menentukan sama ada wujud unsur jenayah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dr Yusof, yang berucap pada satu perhimpunan dihadiri ribuan orang di Esplanade, Sipitang, baru-baru ini, berkata kes tersebut telah mencetuskan kemarahan serta spekulasi dalam kalangan masyarakat.

Tanpa membuat sebarang tuduhan, termasuk dakwaan yang tular di media sosial mengenai penglibatan anak seorang VVIP, beliau berkata ketiadaan kenyataan rasmi atau hasil siasatan selepas dua minggu hanya menambah kebimbangan orang ramai.

Advertisement
“Tidak hairan NGO dan rakyat mula bersuara, dan kini laungan ‘Keadilan untuk Zara’ tidak akan berhenti selagi tiada jawapan serta tindakan sewajarnya,” katanya.

Kematian remaja itu sejak awal Ogos hangat diperkatakan di media sosial dengan pelbagai dakwaan dan spekulasi — termasuk kemungkinan campur tangan pihak berpengaruh — terus berlegar.

Advertisement
Dr Yusof menegaskan bahawa keadilan dalam kes ini bukan sahaja untuk keluarga Zara, tetapi juga penting bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap institusi keselamatan dan pendidikan negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here