Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Waktu terbaik ceburi industri penanaman lada
Published on: Thursday, August 14, 2025
Published on: Thu, Aug 14, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Waktu terbaik ceburi industri penanaman lada
CHAN (tengah) menyampaikan simbolik bantuan kepada pekebun.
TAWAU: Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin memaklumkan ketika ini adalah masa terbaik untuk menceburi industri lada tempatan berikutan sedang mengalami peningkatan harga berterusan serta dijangka kekal stabil sehingga suku ketiga 2025.

Menurutnya setakat Julai tahun ini purata harga lada hitam meningkat 51 peratus daripada RM18,066 per tan kepada RM27,240 per tan berbanding tempoh sama pada 2024 manakala purata harga lada putih turut meningkat 43 peratus bagi tempoh Januari hingga Julai 2025 kepada RM37,407 per tan daripada RM26,164 per tan pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Advertisement
Beliau berkata situasi berkenaan adalah susulan trend pengukuhan mata wang ringgit (RM) baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Program Promosi dan Galakan Tanaman Lada di Tawau di Dewan Masyarakat Tawau pada Selasa yang dihadiri 250 peserta. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia (MPB) Vincent Sawat.

Dalam pada itu katanya Perladangan dan Komoditi (KPK) bersama MPB selaku agensi pelaksana sentiasa komited dan bergerak aktif bagi membimbing para pengusaha tanaman lada di seluruh Malaysia dalam merancakkan lagi industri lada negara dan membangunkan kawasan tanaman lada.

Advertisement
Menurutnya kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk pelaksanaan Program Pembangunan Huluan Industri Lada (PHIL) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) mulai 2021 hingga 2025.

Beliau menyatakan setakat ini seramai 5,200 pekebun lada di seluruh negara yang mengusahakan kawasan tanaman seluas 721.9 hektar berjaya memperoleh manfaat menerusi Skim Tanaman Lada Baharu (STLB) dengan nilai keseluruhan bantuan mencecah RM28.7 juta.

Advertisement
“Selain itu seramai 10,587 pekebun lada mendapat manfaat daripada penyaluran bantuan Skim Tanaman Lada Matang (STLM) dengan keluasan tanaman lada seluas 1,824 hektar yang melibatkan jumlah bantuan sekitar RM35.5 juta.

“Menerusi jumlah tersebut penerima STLB di Sabah adalah seramai 132 orang dengan keluasan 20.9 hektar membabitkan nilai bantuan RM769,940.

“Pada masa yang sama seramai 197 pekebun mengusahakan seluas 27.2 hektar tanaman lada di Sabah menikmati manfaat STLM dengan anggaran bantuan keseluruhan bernilai RM440,000,” tambahnya.

Mengulas lanjut Chan melihat pembangunan tanaman lada di Sabah mampu dilaksanakan dengan mengambil kira kelebihan bentuk muka bumi dan topografi tanah yang berbukit sekali gus sesuai untuk tanaman lada.

Tambah Chan Sabah  juga dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan logistik serta pelabuhan yang membolehkan aktiviti dagangan lada dijalankan selain memiliki pasaran terbuka bagi penjualan hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai produk makanan basah dan kering.

Beliau percaya pembangunan tanaman lada bukan sahaja mampu memberi impak kepada ekonomi negeri ini malahan dapat menjana pendapatan tambahan kepada pengusaha komoditi sedia ada yang menjadikan tanaman lada sebagai tanaman alternatif atau sampingan.

“Perusahaan ini juga boleh membuka peluang pekerjaan baharu terutamanya dalam sektor perladangan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here