Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Belia Karamunting digalak ceburi bidang minyak dan gas
Published on: Thursday, August 14, 2025
Published on: Thu, Aug 14, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Belia Karamunting digalak ceburi bidang minyak dan gas
George (duduk tengah) bersama penerima dan wakil penerima insentif pelajar cemerlang SPM 2024.
SANDAKAN: Golongan belia Karamunting digalakkan mempertimbangkan menyambung pengajian dalam bidang minyak dan gas. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan Datuk George Hiew Vun Zin berkata sektor tersebut memerlukan lebih ramai tenaga kerja tempatan selain mampu memberikan ganjaran lumayan kepada graduan yang berkemahiran tinggi.

Advertisement
“Saya mahu melihat lebih ramai dari kawasan kita memanfaatkan peluang ini.

“Bidang ini bukan sahaja mempunyai masa depan cerah malah peluangnya terbuka luas untuk anak-anak muda Sabah,” katanya pada majlis penyampaian insentif kepada 22 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di pejabatnya baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu George yang juga Ketua Bahagian Karamunting Parti Gagasan Rakyat Sabah berkata insentif terbabit adalah pengiktirafan terhadap pencapaian pelajar. 

“Insentif pendidikan ini juga merupakan satu dorongan untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan kembali menyumbang kepada pembangunan di Karamunting,” tambah beliau. 

Advertisement
Beliau turut menegaskan bahawa pembangunan modal insan dalam bidang strategik seperti minyak dan gas akan memberi impak besar kepada ekonomi Sabah sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti untuk generasi muda di negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here