Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Helah sorok beras bawah timbunan botol terbongkar
Published on: Thursday, August 14, 2025
Published on: Thu, Aug 14, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Helah sorok beras bawah timbunan botol terbongkar
SEMUA barangan seperti beras dan petrol telah dirampas pihak berkuasa.
TAWAU: Helah seorang juragan bot kargo membawa muatan beras dan petrol dengan menyembunyikannya di bawah timbunan botol kosong terbongkar selepas berjaya dikesan pihak berkuasa dalam serbuan pada Selasa.

Pergerakan bot kargo itu dikesan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau dalam Ops Pluto Timur, Ops Sejahtera dan Ops Tiris pada kedudukan 2.15 batu nautika selatan dari Batu 3 Jalan Apas sekitar jam 7 pagi.

Advertisement
Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten (M) Ariffin Ghazali berkata sebanyak 400 kampit beras dengan anggaran berat empat tan dan 27 gelen petrol (700 kg) dirampas di dalam operasi itu termasuk enjin dan bot kargo menjadikan jumlah keseluruhan rampasan kira-kira RM55,000. 

“Bot kargo terbabit dilihat berada dalam keadaan mencurigakan apabila meluncur ke arah Pulau Sebatik dari kawasan Batu 3 Jalan Apas semasa sepasukan bot peronda menjalankan penugasan di perairan Tawau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Juragan bot kargo dikenalpasti sebagai seorang lelaki tempatan yang berumur 60 tahun manakala pembantunya pula seorang lelaki pemegang pasport negara jiran berumur 58 tahun.

“Pemeriksaaan dokumentasi mendapati juragan gagal menunjukkan dokumen atau permit kebenaran daripada pihak berkuasa untuk membawa muatan barang kawalan dan bersubsidi ke Pulau Sebatik.

Advertisement
“Berikutan itu semua suspek, bot kargo dan muatan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau bagi tujuan siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta522),” katanya.

Mengulas lanjut siasatan akan turut melihat kemungkinan wujudnya unsur kegiatan penyeludupan ke negara jiran dengan mengambil kira faktor jumlah muatan dibawa dan pergerakan bot kargo yang mencurigakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here