Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tak mudah untuk pengundi Cina percayakan Warisan: Dakwa ‘parti mengutamakan kumpulan etnik tertentu dan mengamalkan nepotisme dalam pelantikan jawatan’
Published on: Friday, August 15, 2025
Published on: Fri, Aug 15, 2025
Text Size:
Text:
Tak mudah untuk pengundi Cina percayakan Warisan: Dakwa ‘parti mengutamakan kumpulan etnik tertentu dan mengamalkan nepotisme dalam pelantikan jawatan’
NORAZLINAH: Warisan sukar tarik pengundi Cina.
Kota Kinabalu: Seorang bekas pemimpin Warisan berkata parti itu mungkin sukar meraih sokongan pengundi Cina di Sabah disebabkan beberapa keputusannya yang kurang digemari termasuk dianggap mengutamakan komuniti tertentu dalam pelantikan sektor awam. 

Norazlinah Arif, bekas ketua Wanita parti terbabit, mendakwa wujud suara tidak puas hati dengan pentadbiran Presiden Parti Datuk Seri Shafie Apdal dari Mei 2018 hingga September 2020, berkait isu pelantikan ketua jabatan negeri. 

Advertisement
Adun Kunak itu berkata Warisan gagal mengutamakan slogan ‘unity’ atau perpaduan apabila ia memimpin Kerajaan Negeri dengan membenarkan pada nepotisme berleluasa menerusi pelantikan jawatan tinggi.

“Bukan sahaja kaum Cina tetapi yang lain pun saya yakin tidak lagi merasakan perjuangan Warisan ini untuk bangsa Sabah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Norazlinah, yang meninggalkan Warisan pada 6 Feb, 2023, berkata, keputusan parti itu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding solo pada kempen pilihan raya umum ke-15 juga menambah kesukaran mengambil hati pengundi Cina.

Sebab itulah kenapa pada PRU15 menyaksikan Warisan kehilangan kerusi Penampang dan Sepanggar kepada Pakatan.

Advertisement
Merujuk mengenai Shafie yang baru-baru ini melancarkan slogan ‘Selamatkan Sabah’, dan memainkan sentimen Warisan sebagai parti Sabah untuk meraih sokongan pengudi, katanya, slogan retorik itu hanya akan mengulangi kegagalan parti itu pada pilihan raya negeri 2020.

“Bagaimana kita boleh percaya sebuah parti kononnya mengasaskan perjuangan ‘unity’ (perpaduan) namun akhirnya hanya fokus kepada komuniti tertentu sahaja?,” katanya.

Advertisement
Mohammad Mohamarin, seorang lagi Adun yang meninggalkan Warisan bersama Norazalinah, berkata slogan ‘Selamatkan Sabah’ gagal menyelesaikan isu asas seperti air, elektrik dan jalan. 

Wakil rakyat Banggi itu mendakwa naratif dimainkan parti itu seolah-olah Sabah dalam kritikal Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berusaha keras bagi menyelesaikan masalah berlarutan yang dialami negeri itu.

“Kami dulu dalam kerajaan Warisan lebih dua tahun menantikan inisiatif untuk selesaikan masalah ini tetapi tiada, bahkan terpaksa jumpa ketua menteri (Shafie) tetapi tidak dibantu.

“Kerajaan hari ini (Gabungan Rakyat Sabah) telah melaksanakan banyak inisiatif, jadi istilah Warisan akan ‘selamatkan Sabah’ tidak lagi tepat,” kata bekas ahli majlis tertinggi Warisan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here